Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa berusaha percepat pengukuran tanah NCR yang sahih

-

KUCHING: Kerajaan sentiasa berusaha mempercepa­tkan pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) yang sahih dengan melaksanak­an pengukuran perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program itu telah dilaksanak­an sejak Oktober 2010 dan dilaksana melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama pengukuran perimeter dan peringkat kedua pengukuran lot individu.

“Dalam peringkat pertama pengukuran secara perimeter dilaksanak­an untuk pewartaan kawasan tersebut sebagai Rizab Komunal (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Setakat Oktober 2017, seluas 804,826 hektar (1,988,725 ekar) telah berjaya diukur perimetern­ya dan daripada jumlah tersebut seluas 643,017 hektar (1,588,895 ekar) di seluruh negeri telah diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an uca- pan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Dalam peringkat kedua program itu, Awang Tengah memberitah­u bahawa kawasan di bawah Seksyen 6 tersebut akan diukur secara lot individu.

“Setakat ini, sebanyak 12,351 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 17,776 hektar (43,925 ekar).

“Kerajaan sentiasa meng- iktiraf hak rakyat ke atas tanah mereka dan untuk itu, sebanyak 6,024 lot melibatkan tanah seluas 5,261 hektar (13,000 ekar) telah dikeluarka­n dengan surat hak milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru semua wakil rakyat dan penuntut tanah NCR agar memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Tanah dan Survei supaya kerja pengukuran ini dapat dijalankan dengan lancar khususnya melibatkan lot individu.

 ??  ?? TEKS SAYA: Awang Tengah (dua kanan) ditemani Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kanan), Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Zaidi Mahdi (dua kiri) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Abdullah Julaihi.
TEKS SAYA: Awang Tengah (dua kanan) ditemani Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kanan), Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Zaidi Mahdi (dua kiri) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Abdullah Julaihi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia