Svilar ‘bantu’ United raih tiga mata berharga
MANCHESTER, England: Manchester United menghampiri kelayakan ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas satu lagi ‘bantuan’ dari penjaga gol Benfica, Mile Svilar ketika kemenangan 20 Selasa lepas.
Selepas tendangan percuma Marcus Rashford gagal ditangkap kemas menghadiahkan gol kemenangan United pada perlawanan pertama, Svilar, 18, sekali lagi menghadiahkan gol sendiri apabila rembatan Nemanja Matic terkena palang tetapi bola melantun terkena lengan Svilar dan masuk ke pintu golnya.
Tendangan penalti Daley Blind pada minit ke78 melengkapkan jaringan tetapi dengan CSKA Moscow menewaskan Basel pada perlawanan lain dalam Kumpulan A, United memerlukan hanya satu mata dari dua perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua.
“Kami harus mendapatkan satu mata itu dari baki dua perlawanan,” kata pengurus United, Jose Mourinho ketika memberitahu BT Sport.
“Saya berasa lebih dari gembira. Kami menjaringkan dua gol, tanpa bolos, mengutip tiga mata lagi, lebih banyak wang untuk kelab kerana setiap kemenangan bermakna dan tidak mempunyai pemain cedera serius.”
Benfica kekal di tangga terbawah kumpulan dengan tanpa sebarang mata selepas kekalahan kelima berturutturut – rekod terburuk dalam sejarah kelab – dan kelihatan tidak mempunyai sebarang peluang untuk ke pusingan kedua.
“Pasukan saya menunjukkan personaliti hebat. Kami bermain menentang salah sebuah pasukan terbaik di Eropah,” kata Vitoria.
“Masih ada dua perlawanan lagi. Dengan enam mata, anda boleh layak ke Liga Europa, kekal dalam Liga Juara-Juara atau tidak mendapat apa-apa.”
Dengan empat kemenangan berturut-turut, United berkelebihan enam mata di tangga teratas kumpulan dan hanya satu malapetaka menghalang mereka layak ke pusingan kedua buat kali pertama sejak 2013/2014.
United akan ke Basel pada 22 November sebelum menamatkan perlawanan pusingan pertama menentang CSKA.
Mendapat ganjaran selepas menjaringkan gol kemenangan ketika United menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, Martial bermula di bangku simpanan tetapi kemudian mensia-siakan satu tendangan penalti selepas pemain Benfica, Douglas, terpegang bola dalam kotak penalti.
Martial bagaimanapun gagal menewaskan Svilar untuk meletakkan pasukannya di hadapan. — AFP