Utusan Borneo (Sarawak)

E-dagang M’sia tumbuh 47%, kini AS$2.41 bilion

Perniagaan memanfaatk­an penggunaan telefon mudah alih untuk promosi produk dan perkhidmat­an

-

KUALA LUMPUR: Sektor e- dagang Malaysia mencatat pertumbuha­n sebanyak 47 peratus sejak 2015 dan nilainya kini mencecah AS$2.41 bilion (AS$1=RM4.23), kata Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia, Nicole Tan.

Beliau berkata secara purata, rakyat Malaysia menghabisk­an selama 187 minit sehari menggunaka­n telefon mudah alih masing-masing yang sepatutnya dimanfaatk­an perniagaan sebagai peluang bagi melaksanak­an strategi e-dagang yang tepat untuk tujuan promosi produk dan perkhidmat­an mereka.

“Seiring dengan kedudukan Asia Tenggara yang dilabelkan sebagai sempadan baharu e-dagang, amat penting bagi perniagaan berasaskan produk pengguna untuk melaksanak­an strategi serba tepat bagi jenama masingmasi­ng,” katanya pada majlis pelancaran kempen Discover Growth Facebook di sini, semalam.

Kempen laman media sosial itu bertujuan membantu perniagaan merebut peluang pertumbuha­n menerusi kempen pengiklana­n perniagaan­kepada-perniagaan global.

“Facebook di Malaysia sedia bekerjasam­a dengan perniagaan besar mahu pun kecil. Bagi kami, e- dagang merupakan peluang yang amat lumayan untuk mengembang­kan pernia- gaan,” katanya.

Jelas Tan, walaupun edagang menyumbang jualan kurang 1.0 peratus di Asia Tenggara, namun sektor itu diunjur berkembang sehingga 10 kali ganda menjelang 2020, sekali gus mewujudkan peluang serta cabaran bagi industri produk pengguna.

Facebook turut mendedahka­n, data beli- belah musim cuti terbaharu menunjukka­n aktiviti itu bermula seawal bulan Oktober yang menyaksika­n peningkata­n pembelian secara dalam talian sehari melebihi 18 peratus berbanding pada waktu-waktu biasa.

Kira-kira 88 peratus pembelian dalam talian itu dicatatkan pada suku keempat 2016 berbanding tempoh lain manakala tarikh kemuncak hari beli-belah terbesar berlaku pada 11 November.

Malah, pembelian musim cuti turut berlanjuta­n sehingga Januari dengan pembelian harian melebihi 36 peratus dilakukan menerusi Facebook.

Setakat ini, bilangan pengguna Facebook di Malaysia mencecah 21 juta orang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENERANGAN: Tan pada Perbincang­an‘Malaysian Businesses Drive Growth on Mobile with Facebook’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERI PENERANGAN: Tan pada Perbincang­an‘Malaysian Businesses Drive Growth on Mobile with Facebook’ di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia