Utusan Borneo (Sarawak)

EA dikenakan ke atas projek pembanguna­n memerlukan EIA

-

KUCHING: Audit Alam Sekitar (EA) akan dikenakan ke atas semua projek pembanguna­n di Sarawak yang perlu melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar ( EIA).

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata kali ini pematuhan EA lebih ketat dan dilakukan menerusi undangunda­ng.

“Ini merupakan langkah tambahan yang mesti diambil selain EIA dan SEIA (Penilaian Impak Sosial dan Alam Sekitar) bagi memastikan semua prosedur dan garis panduan dipatuhi.

“Pemaju mesti melakukan EIA, selepas itu EIA yang diluluskan akan disusili terma dan syarat EIA.

“Maknanya pemaju mesti mematuhi syarat-syarat EIA yang telah diluluskan ke- mudian Audit Alam Sekitar akan melakukan pemeriksaa­n memastikan pemaju berbabit patuh kepada terma dan syarat ditetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Seminar Pemulihara­an Alam Sekitar untuk Kelestaria­n 2017 di sebuah hotel di sini semalam.

Seminar yang bertema ‘Ke Arah Pengurusan Lebih Baik Alam Sekitar dan Sumber Kita Untuk Generasi Masa Depan’ itu dianjurkan bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak.

Len Talif memberitah­u, EA akan dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bulan depan.

Pada masa sama katanya, kerajaan negeri masih mengkaji semula jumlah kompaun dikenakan ke atas pemaju yang gagal mematuhi syarat dan terma terkandung dalam EIA diluluskan.

“Ketika ini denda maksimum yang dikenakan kepada pemaju ingkar ialah RM30,000 dan kita masih mengkaji semula jumlah (kompaun) ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata EA telah lama diperk- enalkan namun adakalanya ia tidak dipatuhi disebabkan ketidaksed­iaan dari segi pendidikan, sistem dan sebagainya.

“Sekarang kita merasakan tiba masanya untuk mengetatka­n pematuhan EA kerana isu alam sekitar merupakan isu semua pihak.

“Sebelum ini semua pihak agak keberatan kerana isu alam sekitar dilihat sangat sensitif disebebkan ia melibatkan kos tinggi dan sebagainya,” jelasnya.

Menurutnya semua pihak bersetuju corak cuaca yang tidak menentu sekarang dengan kemarau, hujan serta angin melampau merupakan sebahagian daripada proses EA.

Hadir sama Kontrolar NREB Peter Sawal dan Pengerusi IKM Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai Lian Kuet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia