Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia agih sebahagian daripada dana RM1 bilion kepada SMK St Teresa

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi bersedia mengagihka­n sebahagian daripada RM1 bilion yang diperuntuk­kan kepada Sarawak dalam Bajet 2018 kepada dana SMK St Teresa, untuk melaksanak­an pembinaan baharu blok sekolah tersebut yang musnah dalam kebakaran pada 29 Oktober tahun lepas.

Bagaimanap­un, Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata peruntukan tersebut hanya akan dapat disalurkan jika ia diberi sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk menguruska­nnya.

“Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) mahu RM1 bilion itu diberikan kepada kita dalam bentuk dana amanah, yang bermaksud wang itu diberi kepada negeri dan negeri akan menguruska­n sepenuhnya.

“Daripada itu, mungkin kita boleh mengagihka­n RM1 atau RM2 juta untuk membantu sekolah ini... itu mungkin kita boleh buat tetapi buat masa ini, kita masih tidak tahu apakah keputusan mengenai peruntukan tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke SMK St Teresa di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman, Pengetua SMK St Teresa Mary John dan Archbishop Kuching Simon Poh.

Selain itu, Manyin berkata beliau akan membantu sekolah berkenaan mendapatka­n dana menerusi kaedah Geran Modal Bersama, di mana beliau akan memohon daripada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Menerusi inisiatif ini, jika pihak sekolah mengeluark­an satu ringgit, kerajaan juga akan mengeluark­an sebanyak itu.

“Tetapi, saya tidak pasti ia masih diguna pakai atau tidak sekarang namun saya bersedia membawa perkara ini ke Kuala Lumpur.

“Pada masa ini, kami sedang menunggu kertas kerja terlebih dahulu kerana saya perlu berjumpa menteri (Mahdzir) semasa cuti sekolah,” katanya.

SMK St Teresa memerlukan sekitar RM8 juta untuk membina semula blok kelas yang musnah dalam kebakaran tahun lepas, termasuk sebuah dewan.

Namun demikian setakat ini, ia hanya mampu mengumpulk­an sebanyak RM3.3 juta iaitu kurang kira-kira RM5 juta daripada jumlah yang diperlukan itu.

 ??  ?? MANYIN
MANYIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia