Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jadikan gajet sebagai ‘babysitter’ kepada kanak-kanak

-

KUCHING: Masyarakat digesa agar tidak menjadikan gajet sebagai ‘babysitter’ kepada kanak-kanak.

Menjelaska­n perkara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata amalan itu secara berterusan mampu memberi kesan kepada anak-anak dalam jangka masa panjang.

Menurutnya, isu tersebut menjadi kebimbanga­n masa kini sekali gus menyumbang kepada kehilangan nilai kemanusiaa­n.

“Perkara ini sememangny­a berlaku sekarang, ibu bapa memberikan gajet kepada anak untuk menarik perhatian mereka.

“Dengan cara itu, mereka (ibu bapa) dapat melakukan urusan lain,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Seminar ICT Dalam Pembanguna­n KanakKanak 2017 di Pustaka Negeri Sarawak, semalam.

Mengakui penggunaan gajet dan aplikasi baharu merupakan keperluan namun ibu bapa katanya, perlu tegas dan sedar akan kepentinga­n dan had penggunaan.

“Tidak dinafikan teknologi maklumat (IT) mendominas­i kehidupan harian, malah ada gajet dan aplikasi yang berguna kepada anak-anak.

“Tetapi ibu bapa mesti tahu bila masa yang sesuai untuk membenarka­n anakanak bermain dengan gajet, apa yang penting ialah kesederhan­aan dalam menggunaka­n kemudahan tersebut,” ujarnya.

Fatimah turut merujuk kepada kajian Akademi Pediatrik Amerika ( AAP) 2010, menyatakan teknologi boleh memberi kesan kepasa perkembang­an kemahiran kognitif dan sosial kanakkanak di prasekolah.

Sehubungan itu, katanya kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun tidak disaran untuk terdedah kepada sebarang aktiviti di skrin gajet seperti telefon bimbit dan tablet.

“Untuk kanak-kanak berusia lebih dua tahun, mereka perlu dihadkan daripada menggunaka­n telefon pintar atau tablet tidak lebih daripada dua jam setiap hari dan kandungann­ya mesti ditapis,” katanya.

Fatimah berkata perubahan pendidikan menerusi revolusi IT sudah tentu memberi cabaran kepada kredibilit­i ibu bapa dan pendidik.

Apa yang penting, jelasnya pendedahan kanak- kanak kepada teknologi ICT memerlukan keseimbang­an.

Dalam seminar tersebut tiga penceramah khas membincang­kan topik dan isu berkaitan cabaran penggunaan ICT terhadap pembanguna­n awal kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Antaranya, Pakar Pediatrik dan Neonatolog­is Pusat Perubatan Pakar Normah Dr George Ting, Psikiatrik Kanak-Kanak dan Remaja Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Selvasinga­m dan Cikgu Jailani Yatim dari Sekolah Kebangsaan Sri Aman.

Hadir sama Ketua Majlis Pembanguna­n Kanak-Kanak Dr Siti Zaleha Riduan.

 ??  ?? SEMINAR: Fatimah ketika menghadiri Seminar ICT Dalam Pembanguna­n Kanak-Kanak 2017 di Pustaka Negeri Sarawak, semalam.
SEMINAR: Fatimah ketika menghadiri Seminar ICT Dalam Pembanguna­n Kanak-Kanak 2017 di Pustaka Negeri Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia