Utusan Borneo (Sarawak)

Pandikar Amin mohon batal saman Mohamed Tawfik berhubung RUU355

-

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalka­n saman pemula yang difailkan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung Rang Undang- Undang Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Pandikar Amin dan Roosme selaku defendan dalam kes berkenaan memfailkan permohonan itu dua bulan lepas atas alasan saman itu adalah remeh, menyusahka­n dan menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Peguam Kanan Persekutua­n, Shamsul Bolhassan berkata permohonan itu bersandark­an Perkara 62(1) dan 63(1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyebut kesahan apa-apa prosiding di dalam mana- mana persidanga­n Parlimen atau dalam manamana jawatankua­sanya tidak boleh dipersoalk­an di dalam mana-mana mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said, yang turut dihadiri peguam Mansoor Saat mewakili Mohamed Tawfik.

Mahkamah menetapkan 11 Jan 2018, untuk pendengara­n permohonan itu.

Pada 31 Mac 2017, Mohamed Tawfik selaku plaintif memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah usul yang tidak mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memandangk­an ia tidak disertakan dengan salinan RUU 355 serta huraian mengenai tujuan dan sebabnya dan ia perlu ditolak oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa tiada kebenaran diperoleh daripada Majlis Raja- Raja bagi RUU 355 atau sebarang pindaan yang dicadangka­n melalui usul Abdul Hadi itu.

Mohamed Tawfik juga mendakwa RUU 355 adalah bertentang­an dengan Perlembaga­an dan pindaan yang dicadangka­n Abdul Hadi tidak boleh dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibentangk­an di Dewan Rakyat menurut Aturan 49 dan/atau Aturan 48 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Beliau turut memohon perintah untuk mengetepik­an tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang didakwa bertindak secara salah membenarka­n usul Abdul Hadi berkenaan RUU 355 untuk dibentangk­an dalam Mesyuarat Dewan Rakyat bagi sesi kelima Parlimen ke-13, sedangkan usul itu tidak mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan tiada kebenaran telah diperoleh daripada Majlis Raja-Raja.

Permohonan itu dikemukaka­n atas alasan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia adalah satu penghinaan terhadap institusi Majlis Raja-Raja jika membenarka­n usul Abdul Hadi tanpa dirujuk dan dirunding dengan Majlis Raja- Raja terlebih dahulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia