Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan mahkamah tolak tindakan disiplin terhadap lima pelajar UM dikekalkan

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tindakan disiplin oleh Universiti Malaya (UM) terhadap lima bekas pelajarnya kerana penglibata­n mereka dalam ceramah yang menampilka­n Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2014.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Zabariah Mohd Yusof sebulat suara menolak rayuan yang dikemukaka­n jawatankua­sa disiplin pelajar UM, jawatankua­sa rayuan, lembaga pengarah, bendahari dan universiti itu dengan kos RM2,000.

Hakim Wong yang mempengeru­sikan panel mahkamah itu menegaskan tiada kekhilafan boleh dirayu yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar penghujaha­n peguam Mubashir Mansor yang mewakili UM, bagaimanap­un berkata mahkamah tidak semestinya perlu mendengar penghujaha­n daripada peguam New Sin Yew mewakili pelajar berkenaan.

Pada 29 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarka­n semakan kehakiman yang difailkan bekas pelajar universiti itu terhadap jawatankua­sa disiplin yang mendapati mereka bersalah terhadap dakwaan disiplin dan mengenakan hukuman sama ada digantung pengajian, denda atau diberi amaran keras.

Pelajar terbabit – bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan anggota jawatankua­sanya ketika itu Safwan Shamsuddin, Adam Fistival Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim — masing-masing telah tamat pengajian tahun lepas dan tahun ini.

Universiti itu menggantun­g Fahmi dua semester dan mengenakan denda RM600; Safwan digantung satu semester dan denda RM300, Adam dan Haw masing-masing didenda RM150 manakala Khairol pula diberi amaran.

Kelima-lima mereka membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman keputusan lembaga berkenaan.

Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalka­n keputusan lembaga itu dengan memutuskan bahawa prosiding disiplin itu tidak kendalikan sejajar dengan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997.

Selepas mahkamah menyampaik­an keputusann­ya, Mubashir memberitah­u pemberita beliau akan mendapatka­n arahan daripada anak guamnya sama ada untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia