Utusan Borneo (Sarawak)

Beri notis kehadiran terlebih dahulu sebelum menghadiri mesyuarat MBM

-

MIRI: Orang awam yang ingin menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Miri (MBM) setiap bulan sebagai pemerhati mungkin perlu memberi notis kehadiran terlebih dahulu.

Datuk Bandarnya Adam Yii ketika mengutarak­an cadangan tersebut selepas melakukan pengumuman menangguhk­an mesyuarat penuh majlis sepatutnya diadakan semalam bermula jam 11.30 pagi di bilik persidanga­n MBM.

Mesyuarat penuh MBM untuk Oktober ini semalam kemudian dijadualka­n diadakan hari ini di tempat yang sama sekitar jam 2 petang.

“Saya sedang menimbang keperluan orang ramai menghantar notis kehadiran mereka, sekurangku­rangnya seminggu lebih awal kepada kami jika mereka ingin menghadiri Mesyuarat Penuh MBM setiap bulan masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Menurutnya, cadangan itu bagi membolehka­n MBM mengawal kehadiran jumlah orang awam (bagi mengelak keadaan sesak) dan memastikan proses mesyuarat berjalan lancar.

Selain itu, katanya ia bertujuan menunjukka­n rasa hormat MBM kepada orang awam yang mahu menghadiri mesyuarat rasmi itu sebagai pemerhati dengan memastikan kerusi atau tempat duduk mencukupi dan ruang selesa untuk mereka.

“Kadangkala kapasiti untuk orang awam duduk penuh terutama semasa penyampaia­n anugerah diadakan serentak semasa mesyuarat sehingga ada yang terpaksa berdiri sepanjang masa atau bersesak dan ini tidak bagus untuk kami.

“Selain ahli-ahli majlis, mesyuarat ini juga dihadiri pihak media bagi membuat liputan berita,” katanya sambil menambah, dengan ruang terhad itu sudah tiba masa bagi MBM melakukan sesuatu yang wajar.

Berikutan itu, beliau menegaskan bahawa MBM perlu mempertimb­ang melaksanak­an keperluan sedemikian ( mengawal jumlah orang) bagi memastikan orang ramai dapat menghadiri mesyuarat sebagai pemerhati dengan selesa.

Mengenai kejadian melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hii yang enggan men- inggalkan mesyuarat MBM sebagai pemerhati selepas diminta berbuat demikian kerana tidak mematuhi etika berpakaian, Adam berharap kejadian itu tidak berlaku lagi pada mesyuarat berikutnya.

Beliau mahu orang ramai memberi penghormat­an sewajarnya kepada perakuan rasmi mesyuarat MBM sebagai pihak berkuasa tempatan di sini.

“Kami hari ini (semalam) sepatutnya meluluskan belanjawan yang dibentangk­an untuk tahun depan pada mesyuarat tersebut.

“Mudah-mudahan tidak ada kejadian sama berlaku pada mesyuarat berikutnya bagi memastikan apa yang dirancang hari ini (semalam) dapat dilaksanak­an dengan teratur,” katanya.

Timbalan Datuk Bandar MBM Julaihi Mohamad dan ahli-ahli majlis menyatakan pandangan sama sambil berharap orang awam menghormat­i peraturan rasmi mesyuarat MBM.

 ??  ?? ADAM YII
ADAM YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia