Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan menuju ke Nanga Dap rosak teruk

Keadaan itu membahayak­an pengguna kerana ia merupakan jalan tidak berturap

- Oleh Borhaniza Ali Basah

KANOWIT: Penduduk merayu pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen segera menyelesai­kan masalah jalan (tanah kuning) balak menuju ke Nanga Dap, Kanowit yang mengalami kerosakan teruk masa ini.

Menurut seorang pengadu, jalan masuk terbabit menghubung­kan pekan Nanga Dap, kawasan Rumah Panjang Nanga Dap, SMK Nanga Dap dan SK Nanga Dap.

Beliau berkata, keadaan itu boleh membahayak­an pengguna melalui kawasan itu kerana ia merupakan jalan tidak berturap.

“Malah, tidak ada papan tanda keselamata­n dipasang di kawasan jalan berselekoh dan beberapa kemalangan berlaku sebelum ini,” katanya memaklumka­n perkara itu

Malah, tidak ada papan tanda keselamata­n dipasang di kawasan jalan berselekoh dan beberapa kemalangan berlaku sebelum ini. Pengadu

menerusi aplikasi Whatsapp di sini semalam.

Beliau berkata keadaan jalan berbukit tidak selamat untuk kenderaan kecil kerana menjadi licin dan becak selepas hujan.

Oleh itu, hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja dapat melalui jalan itu pada masa ini.

“Justeru, kami merayu kepada ADUN, Ahli Parlimen dan PBT kawasan itu mengambil tindakan segera memperbaik­i keadaan jalan terbabit sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” te- gasnya.

Beliau mencadangk­an kepada pihak terbabit supaya papan tanda amaran dipasang di setiap selekoh berbahaya dan mengurangk­an kecerunan di kawasan jalan raya berbukit tinggi.

Selain itu, beliau juga mahu pihak terbabit menaik taraf jalan masuk itu kepada jalan kerikil supaya dapat dilalui semua jenis kenderaan.

 ??  ?? BAIKI SEGERA: Gambar menunjukka­n keadaan jalan menuju ke Nanga Dap, Kanowit.
BAIKI SEGERA: Gambar menunjukka­n keadaan jalan menuju ke Nanga Dap, Kanowit.
 ??  ?? SALAM PERKENALAN: Yek (tiga kiri) merakam kenangan bersama Ketua Pemberita The Borneo Post Churchill Edward (kanan) serta wartawan lain.
SALAM PERKENALAN: Yek (tiga kiri) merakam kenangan bersama Ketua Pemberita The Borneo Post Churchill Edward (kanan) serta wartawan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia