Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari jadi TYT, 9 November

-

KUCHING: Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan di Sarawak sempena sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 9 November ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Majlis Ketua Staf Am Markas Pemerintah­an Medan Timur TD Brigidier Jeneral Datu Subari Tomo menambah, ia akan diadakan dengan kehadiran sekitar 2,500 pengunjung di Masjid Salahuddin Al- Ayubi, Kem Penrissen nanti.

“Kita baharu sahaja selesai mengadakan mesyuarat keempat iaitu persiapan terakhir Forum Perdana Ehwal Islam

“Pegunjung dinasihati datang seawal jam 6 petang bagi menyertai solat Maghrib dan solat Hajat dan diikuti ketibaan jemputan kehormat serta isteri dan menteri-menteri kanan negeri.

“Raptai akan kita lakukan pada 6 November ini. Sementara bagi pengunjung yang datang turut disediakan beg berisi jamuan ringan daripada pihak Baitulmal pada hari tersebut.

“Jangan risau dengan keadaan trafik kerana kita turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam.

Beliau turut menambah bahawa tajuk forum berkenaan adalah ‘Pengorbana­n’, sejajar dengan peranan Medan Timur TD menjaga kedaulatan negara di samping pada waktu aman membantu meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat setempat.

Forum akan berlangsun­g sekitar jam 9.30 malam dan berakhir satu setengah jam kemudian dan ia amat berbeza jika dilihat dengan penganjura­n di Semenanjun­g Malaysia yang biasa dilakukan Bank Muamalat.

Pemerintah­an Medan Timur TD telah menjalanka­n kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak dan ditaja Bank Muamalat akan turut disiarkan melalui radio dan televisyen.

Moderator forum tersebut adalah Penolong Pengarah Unit Indeks Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Hariri manakala ahli panel adalah Ustaz Khalidi Ibrahim, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ustaz Badli Shah Alaudin.

Hadir pada mesyuarat tersebut sebagai pengerusi bersama adalah Panglima Pemerintah Medan Timur Tentera Darat (TD) Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis dan Pengurus Cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad Hawina Hipni.

 ??  ?? PERSIAPAN FORUM: Subari (dua kiri, belakang) bersama Ismail (kiri, duduk) Zaki (dua kiri, duduk) dan Hawina (kanan, belakang) selepas mesyuarat keempat persiapan terakhir Forum Perdana Ehwal Islam di Kuching semalam.
PERSIAPAN FORUM: Subari (dua kiri, belakang) bersama Ismail (kiri, duduk) Zaki (dua kiri, duduk) dan Hawina (kanan, belakang) selepas mesyuarat keempat persiapan terakhir Forum Perdana Ehwal Islam di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia