Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM6.8 bilion untuk kemajuan Sabah, Sarawak perlu diguna sepenuhnya

-

MIRI: Peruntukan berjumlah RM6.8 bilion untuk kemajuan dan kesejahter­aan luar bandar di Sabah dan Sarawak perlu digunakan sepenuhnya tanpa berlaku sebarang ketirisan atau kebocoran agensi pelaksana.

Aktivis Masyarakat Wan Zain Syed Mohdzar berkata peruntukan RM6.8 bilion itu adalah untuk melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Kerajaan harus memantau semua peruntukan yang disalurkan kepada kumpulan sasar bagi mengelak berlaku isu penyelewen­gan dana, kelewatan projek dan salah guna kuasa,” katannya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, Sarawak mendapat peruntukan dalam pelbagai sektor termasuk membaik pulih sekolah daif, projek Pan Borneo, membangunk­an infrastruk­tur komunikasi dan sebagainya.

“Kita harap projek-projek mendapat peruntukan dalam Bajet 2018 dilaksanak­an lebih efektif, cekap serta mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, rakyat akan mempersoal kredibilit­i kerajaan termasuk agensi pelaksana sekiranya projek dijanjikan kepada rakyat itu lewat atau tergendala disebabkan kekurangan dana.

“Kita tidak mahu rakyat bertanya-tanya atau masih menunggu projek dijanjikan kepada mereka sedangkan mereka tahu Bajet 2018 telah diumumkan untuk keperluan mereka,” jelasnya.

Dalam perkembang­an sama, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 juga perlu menjual barangan berkualiti bagi mengelak ia tidak laris serta ditutup semula.

Menurutnya, rakyat lebih tahu barangan berkualiti pada harga berpatutan dan lebih menumpukan kedai atau pusat beli-belah menjual produk sama.

“Rakyat pandai menilai kualiti dan harga barangan dijual, jika KR1M 2.0 tidak memenuhi cita rasa, mereka akan beralih ke kedai lain yang turut menjual produk sama pada harga berpatutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia