Perang di Marawi akhirnya tamat: Filipina
Pertempuran terakhir saksikan 47 militan melawan hingga mati, tentera selamat 20 tebusan
CLARK: Perang lima bulan membanteras penyokong Islamic State (IS) di selatan Filipina yang meragut lebih 1,100 nyawa telah berakhir susulan pertempuran terakhir di dalam sebuah masjid, menurut para ketua pertahanan semalam.
Rumusan konflik menamatkan kebimbangan segera bahawa IS akan mewujudkan pangkalan Asia Tenggara di bandar selatan Mrawi, tetapi kebimbangan menyelubungi tentang niat dan keupayaan jangka masa panjangnya bagi wilayah itu.
“Kami kini mengumumkan pemberhentian semua operasi gempur di Marawi,” Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana memberitahu wartawan pada acara sampingan mesyuarat keselamatan wilayah di bandar utara Clark.
“Tiada lagi militan di dalam Marawi City.”
Ratusan lelaki bersenjata asing dan tempatan yang berikrar taat setia kepada IS menguasai Marawi, bandar utama Islam di negara majoriti Katolik itu, pada 23 Mei sebelum mengambil alih beberapa bahagian menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.
Kempen ketenteraan berterusan disokong Amerika Syarikat (AS) menyaksikan kematian sekurangkurangnya 920 militan, 165 askar dan 47 orang awam, menurut tentera.
Lebih 400,000 penduduk melarikan diri ketika serangan udara dan gempur darat hampir setiap hari menyebabkan sebahagian besar bandar tersebut musnah.
Presiden Rodrigo Duterte berkunjung ke Marawi pada Selasa minggu lepas dan mengisytiharkan bandar itu telah dibebaskan, sehari selepas ketua IS Asia Tenggara dan militan tempatan Isnilon Hapilon terbunuh di sana.
Namun pertempuran berterusan selepas itu menimbulkan persoalan sama ada bandar tersebut benarbenar bebas militan.
“Kehadiran Maute- ISIS terhad di dua bangunan, salah satunya masjid,” kata ketua pasukan bersenjata Jeneral Eduardo Ano kepada wartawan semalam ketika menjelaskan situasi di Marawi susulan pengisytiharan Duterte.
“Di situlah di mana pertempuran terakhir berlaku dan kami menyelamatkan tambahan 20 tebusan.
“Dalam pertempuran itu, kami memberi peluang kepada militan dan teroris terbabit untuk menyerah diri, tetapi mereka melawan hingga ke nafas terakhir jadi kami tiada pilihan lain,” katanya.
Mayat 42 militan ditemui selepas pertempuran akhir itu, termasuk dua wanita dan lima warga asing, menurut Ano yang bercakap pada taklimat yang sama dengan Lorenzana di Clark.
Hapilon yang termasuk dalam senarai teroris paling dikehendakiAS,mautbersama seorang lagi ketua kumpulan Maute, Omarkhayam Maute, menurut tentera.
Militan mampu menangani pengeboman harian yang memusnahkan keseluruhan kawasan dengan berlindung di dalam bilik bawah tanah dan bergerak menerusi terowong, menurut tentera.
Militan turut bersembunyi di dalam masjid di mana askar telah diarahkan untuk tidak mengebom atau melepaskan artileri.
Duterte menetapkan undang-undang tentera di seluruh wilayah selatan sertamerta setelah pertempuran di Marawi meletus, atas alasan ia perlu untuk mengekang pengaruh IS yang menular.
Apabila ditanya semalam sama ada undang-undang itu akan dibatalkan, Lorenzana berkata keputusan belum lagi dibuat.
Setiausaha Pertahanan AS James Mattis semalam memuji Filipina atas kejayaannya menguasai semula Marawi.
“Sebaik tiba kelak saya memuji tentera Filipina kerana membebaskan Marawi daripada teroris,” kata Mattis dalam penerbangan ke Filipina untuk menghadiri mesyuarat keselamatan di Clark. — AFP