Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan menyeludup keluar dadah RM12.7 juta tumpas

IPD KLIA rampas 248 bungkusan ‘teh’ yang diikrar pakaian

-

SEPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis ketamin seberat 254 kilogram (kg) bernilai RM12.7 juta di kawasan Kompleks Kargo KLIA, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dadah yang disembunyi­kan dalam 248 bungkusan ‘teh’ di dalam enam kotak yang diikrarkan sebagai pakaian, dipercayai akan berlepas melalui pesawat ke Taipei, Taiwan.

Beliau berkata, dadah itu dirampas hasil serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan merupakan hasil perkongsia­n maklumat dengan pihak Biro Penyiasata­n Kementeria­n Keadilan Taiwan (MJIB).

“Ini merupakan rampasan dadah terbesar di kompleks kargo KLIA tahun ini dan ia kejayaan manis buat IPD KLIA yang baharu sahaja dinaik taraf menjadi IPD ke-156 di Malaysia, dua hari sebelum itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mohmad berkata selain MJIB, jabatan itu sentiasa menjalinka­n kerjasama erat dengan pelbagai agensi penguatkua­saan dadah tempatan dan antarabang­sa bagi memastikan kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah dapat dibanteras secara habis-habisan.

Dalam pada itu, Mohmad berkata pihaknya sedang bek-

Ini merupakan rampasan dadah terbesar di kompleks kargo KLIA tahun ini dan ia kejayaan manis buat IPD KLIA yang baharu sahaja dinaik taraf menjadi IPD ke156 di Malaysia, dua hari sebelum itu. Datuk Seri Mohmad Salleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

erjasama dengan MJIB bagi mengesan dalang di sebalik rampasan dadah jenis heroin seberat 30.5 kg oleh pihak penguat kuasa Taiwan pada 27 Sept lepas yang dibawa masuk ke negara itu melalui Kompleks Kargo KLIA.

“Pihak kami bersama MJIB sedang menyiasat apakah kedua-dua cubaan menyeludup itu didalangi oleh satu sindiket atau sindiket yang sama kerana alamat pengirim dan penerima barangan adalah dari tempat yang sama,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan MJIB, Mohmad berkata pelbagai kejayaan telah dicapai oleh kedua-dua pihak sejak menjalin kerjasama pada 2012.

Beliau berkata sebanyak lima serbuan besar melibatkan rampasan dadah seberat 1,205 kg dan lebih empat juta pil dadah pelbagai jenis yang dianggarka­n bernilai RM103 juta berjaya dirampas sepanjang kerjasama tersebut.

Seramai 73 individu dengan 54 daripadany­a rakyat tempatan dan selebihnya warga asing turut ditahan dan dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan oleh 850,000 penagih, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohmad (tengah) menunjukka­n dadah jenis ketamin pada sesi sidang media mengenai rampasan seberat 254 kilogram yang bernilai RM12.7 juta, di Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohmad (tengah) menunjukka­n dadah jenis ketamin pada sesi sidang media mengenai rampasan seberat 254 kilogram yang bernilai RM12.7 juta, di Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia