Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal disaran melengkapk­an diri dengan kemahiran ICT untuk berjaya

-

MIRI: Ibu tunggal perlu melengkapk­an diri dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai persiapan untuk merebut peluang ditawarkan dalam ekonomi digital.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, kajian Swinburne University of Tech- nology pada 2016 mendapati, antara faktor menjadi penghalang kepada ibu tunggal untuk bekerja ialah masalah kurang kemahiran khusus dalam ICT.

Katanya kerajaan memandang serius perkara ini dan mahu ibu tunggal diberi pendedahan serta kursus agar mereka tidak ketinggala­n seterusnya dapat memainkan peranan membantu menambah pendapatan.

Melalui kemahiran ini katanya, ibu tunggal dapat menyahut seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk sama- sama meningkatk­an sumber pendapatan melalui ekonomi digital.

“Oleh sebab itu kita sarankan agar Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) memperluas program seumpama ini bagi membantu lebih ramai ibu tunggal.

“Pada masa sama mendapatka­n maklum balas daripada akar umbi tentang cara kita dapat menambah baik program ini agar ia benar-benar memberi manfaat kepada peserta,” katanya ketika berucap merasmikan Kursus Kemahiran Asas ICT Untuk Golongan Ibu Tunggal Negeri Sarawak (ICT4IT) Siri 2/17 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Ia dianjurkan oleh JWKS dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITS) dan Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri.

Hadir sama Pengerusi PITS Miri Horey Bujang dan Penyelaras ICT4IT, JWKS Un Siew Yien.

Rosey berkata, beliau percaya ramai ibu tunggal khususnya di Miri dan Bekenu mahu mengambil bahagian dalam program tersebut, namun tidak semua berpeluang hadir kerana perlu bekerja selain masalah pengangkut­an.

“Kita berharap kursus ini dapat memberi permulaan yang baik kepada peserta selain mendapatka­n maklum balas,” kata Rosey.

Beliau turut menyaranka­n ibu tunggal agar mendapatka­n sokongan daripada ahli PITS selain pemimpin di kawasan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia