Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Tokelau terima kapal buatan Miri

Penduduk pulau terpencil ini terima kapal kargo pertama mereka yang dibina Berjaya Dorkyard Sdn Bhd

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Penduduk di kepulauan terpencil Tokelau semalam menerima kapal kargo pertama mereka yang dibina syarikat pembuat kapal di Miri, Berjaya Dorkyard Sdn Bhd.

Terletak di utara Kepulauan Samoa di Lautan Pasifik, kapal kargo BJ94 akan menjadi pengangkut­an utama penghantar­an barangan keperluan untuk hampir 1,500 penduduk pulau berkenaan.

Majlis simbolik penyerahan kapal sepanjang 47 meter itu kepada Perbadanan Pengangkut­an Tokelau (Transtok) diadakan di Berjaya Dorkyard di Kuala Baram dengan memotong reben di hadapan kapal.

Menteri Pengangkut­an Tokelau Afega Gaualofa berpuas hati dengan kemajuan pembinaan kapal itu dan berterima kasih kepada Berjaya Dorkyard kerana merealisas­i impian mereka.

"Saya mewakili Kerajaan Tokelau berasa gembira sekali dengan kemajuan (pembinaan) kapal ini.

“Keputusan untuk meneruskan projek telah kita sahkan pada Julai. Ia satu keajaiban, kerana sekarang Oktober dan kapal telah dirasmikan," jelasnya.

Pengarah Pengangkut­an Simona Mei berkata, mereka sebelum ini menyewa kapal untuk mendapatka­n barang keperluan dari Samoa iaitu pulau terdekat yang mengambil masa 24 jam melalui Lautan Pasifik untuk tiba di Tokelau.

Simona berkata, sumber ekonomi utama rakyat Tokelau adalah perikanan.

"Sebelum ini kami menyewa kapal kargo dan menelan kos besar. Kapal ini kelak akan digunakan untuk menghantar pelbagai keperluan dari Samoa seperti makanan dan bahan pembinaan," jelasnya.

Pengurus Besar Berjaya Dorkyard Teresa Ling berkata, kapal akan dihantar ke

Saya mewakili Kerajaan Tokelau berasa gembira sekali dengan kemajuan (pembinaan) kapal ini. Afega Gaualofa Menteri Pengangkut­an Tokelau

Tokelau pada Januari depan yang dijangka mengambil tempoh masa selama 28 hari untuk tiba.

Selain sebagai pengangkut­an, kapal akan diguna untuk menghantar bekalan air bersih dan minyak diesel.

“Kapal ini berkeupaya­an membawa seramai 20 orang termasuk 12 penumpang dan lapan anak kapal," jelas Teresa.

Dalam pada itu, Transtok sekarang menganjurk­an peraduan memberi nama kapal kargo baharu itu dengan hadiah NZ$1,000.

Tokelaumer­upakanwila­yah bukan ditadbir sendiri di New Zealand dan rakyatnya adalah warganegar­a New Zealand.

Berkeluasa­n 12km persegi, pulau ini tidak mempunyai bandar utama tetapi mempunyai pusat pentadbira­n, hospital, sekolah dan infrastruk­tur asas.

Ia hanya dapat dikunjungi menggunaka­n kapal dari Pelabuhan Apia di Samoa.

Hadir sama semalam ialah wakil pengurusan teknikal Transtok Anthony Claude Ferwando, Pengarah Urusan Berjaya Dockyard Ling Chu Ek, Pengarah Jualan Jonathan Ling dan Pengurus Bureau Veritas David Wong.

 ??  ?? SUDAH SIAP: (Berdiri dari sembilan kiri) Teresa, Afega, Ling, Simona dan Anthony bersama kakitangan Berjaya Dockyard di hadapan kapal kargo BJ94 selepas majlis simbolik penyerahan semalam.
SUDAH SIAP: (Berdiri dari sembilan kiri) Teresa, Afega, Ling, Simona dan Anthony bersama kakitangan Berjaya Dockyard di hadapan kapal kargo BJ94 selepas majlis simbolik penyerahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia