Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberi maklumat polis dituduh galak ekstremis

-

BERLIN: Seorang pemberi maklumat polis Jerman dituduh mengapi-apikan tindakan keganasan – dan dikatakan mempunyai kaitan dengan penyerang pasar Krismas Berlin, menurut laporan media kelmarin.

Suspek dilaporkan menggalakk­an beberapa orang ekstremis untuk melakukan serangan di Jerman berbanding dengan pergi ke Syria, menurut satu laporan yang dilihat oleh badan penyiaran Jerman ARD.

Sekiranya disahkan, ia merupakan satu lagi pukulan kepada pasukan keselamata­n negara, yang telah dikritik, dalam satu laporan terkini, kerana melakukan kesalahan serius.

Pasukan polis North Rhine- Westphalia di barat Jerman, di mana pemberi maklumat itu bertugas, tidak memberi komen mengenai perkara tersebut.

Pemberi maklumat dikatakan mempunyai hubungan kukuh dengan rakyat Tunisia Anis Amri, yang membunuh 12 orang dan menyebabka­n 56 lagi tercedera ketika dia memandu sebuah trak ke arah orang ramai di Berlin pada Disember tahun lepas.

Pihak berkuasa telah mengakui satu siri kegagalan keselamata­n yang membenarka­n Amri untuk mendaftar di bawah pelbagai identiti dan mengelak pihak berkuasa ketika dia berhubung dengan militan Islamis.

Beberapa peguam menyatakan pemberi maklumat polis cuba mendesak klien mereka, dituduh sebagai mempunyai hubungan pejuang jihad, untuk melakukan serangan.

“Mari kita bunuh mereka yang tidak percaya. Kami memerlukan lelaki yang baik untuk melakukan serangan ini di sini di Jerman,” katanya, menurut peguam Ali Aydin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia