Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 akan tangani kenaikan kos sara hidup: OCBC Bank

-

KUALA LUMPUR: OCBC Bank menjangkak­an Bajet 2018 akan menangani kenaikan kos sara hidup melalui pelbagai insentif sasaran untuk kumpulan berpendapa­tan sederhana rendah melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dasar sosial lain turut terangkum dalam belanjawan bertema ‘Negaraku Membentuk Masa Depan’ itu, yang akan menekankan pendidikan dan latihan, menambah baik standard penjagaan kesihatan serta perumahan mampu milik, menurut bank itu dalam nota mengenai prospek prabajet semalam.

OCBC Bank berkata, kera- jaan mungkin akan memberi perhatian kepada pembanguna­n ekonomi melalui teknologi seperti robotik dan pengkomput­eran awan untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi digital di samping mewujudkan persekitar­an tepat untuk meningkatk­an pengeluara­n.

“Dalam usaha menampung perbelanja­an lebih tinggi, kita menjangkak­an kerajaan mencatatka­n kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) sehingga RM47.6 bilion berbanding anggaran 2017 sebanyak RM47.1 bilion.

“Selain itu, hasil cukai korporat dan pendapatan lebih tinggi dijangka selaras dengan persekitar­an ekonomi yang agak baik menjelang 2018,” menurut bank itu.

OCBC Bank menjangkak­an Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran baki belanjawan -3.0 peratus sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.

“Defisit belanjawan yang kecil dijangka direkodkan, dengan sokongan hasil lebih tinggi, didahului penerimaan GST sebanyak +14.4 peratus tahun ke tahun, serta duti eksport lebih tinggi (+29.1 peratus tahun ke tahun),” menurutnya.

Hasil yang lebih tinggi akan dapat menyokong perbelanja­an yang agak tinggi ( perbelanja­an mengurus: +2.7 peratus dan perbelanja­an pembanguna­n: + 7.9 peratus).

“Keseluruha­nnya, kami mengunjurk­an Malaysia mencatat defisit belanjawan 2.9 peratus daripada KDNK pada 2018, berbanding anggaran 3.0 peratus pada 2017,” menurut bank itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia