Utusan Borneo (Sarawak)

60 rumah Jalan Keria Sarikei terima agihan bubur asyura

-

SARIKEI: Lebih 60 rumah penduduk dari kawasan Jalan Keria Sarikei menerima agihan bubur asyura, semalam.

Ketua Kampung Jalan Keria Sarikei Abdul Gani Ali berkata, program ini anjuran ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Jalan Keria.

“Ahli JKKK Jalan Keria tbekerjasa­ma bermula dari proses penyediaan bahan, memasak dan seterusnya pengagihan kepada penduduk.

“Pada program kali ini, pengagihan bubur tersebut telah diberikan keutamaan kepada golongan warga emas, ibu tunggal, saudara baru juga anak yatim,” katanya.

Jelasnya, mereka bersyukur kerana penganjura­n program pada kali ini telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama padu daripada semua pihak.

Menurut Abdul Gani, aktiviti dianjur secara bergotongr­oyong sesama sendiri oleh penduduk setempat mampu mengukuh lagi perpaduan di peringkat akar umbi.

Katanya, usaha seperti ini bukan hanya memberi kelebihan dalam melaksanak­an satu kerja tetapi mempunyai banyak kebaikan sama ada tersurat mahupun tersirat.

“Kerja bergotong-royong atau dilakukan secara bersama, lebih banyak kelebihan. Usaha ini bukan hanya mem- berikan kelebihan kepada kepantasan untuk menyiapkan sesuatu kerja, tetapi hasilnya juga adalah lebih baik jika dibandingk­an kerja secara individu.

“Sungguhpun demikian, dalam perspektif tersebut, perkara ini adalah kedua pentingnya. Perkara paling penting yang ingin kita terap dengan konsep gotong-royong yang membakar semangat perpaduan dan nilai murni lain yang kita mahu.

Katanya, ,masyarakat jangan mengambil mudah dan menggunaka­n pendekatan tidak ambil kisah setiap kali progam seperti itu dianjur di kawasan mereka.

 ??  ?? KERJASAMA: Penduduk dan ahli JKKK Jalan Keria yang bergotong-royong menyiapkan bubur untuk diagihkan kepada penduduk setempat.
KERJASAMA: Penduduk dan ahli JKKK Jalan Keria yang bergotong-royong menyiapkan bubur untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia