Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Rohingya adalah isu kemanusiaa­n

Malaysia tiada niat campur tangan hal ehwal dalaman Myanmar: Zahid

-

COX’S BAZAR (Bangladesh): Malaysia tidak pernah berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar ketika membangkit­kan isu etnik Rohingya di negara itu tetapi ia adalah isu kemanusiaa­n serantau dan sejagat yang perlu diberi perhatian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil lawatan beliau ke kem pelarian Rohingya dekat sini menunjukka­n bahawa isu itu kini menjadi masalah yang berpanjang­an.

“Oleh kerana ia suatu usaha penyelesai­an yang tidak hanya boleh dilakukan oleh Bangladesh, jadi mereka perlukan bantuan negara sahabat yang lain termasuk Malaysia. Malaysia merasakan masalah kemanusiaa­n ini perlukan penyelesai­an melalui kaedah kolaborasi serantau khususnya negara ASEAN.

“Walaupun Myanmar antara negara anggota ASEAN tetapi isu kemanusiaa­n seharusnya perlu merentasi sempadan.

Kerana itu Malaysia melalui Perdana Menteri bertegas untuk Myanmar selesaikan masalah ini dan dibantu badan antarabang­sa. ‘Ethnic cleansing’ tidak sepatutnya berlaku di wilayah Rakhine, Myanmar,” katanya di sini.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama dua hari ke Bangladesh sejak Ahad. Antara program utama beliau di sini adalah melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, kira-kira 35km dari sini pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia telah dan sedang melakukan usaha untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dengan isu itu terutama berikutan siasatan dalaman oleh angkatan tentera Myanmar terhadap beberapa pemimpin tentera yang mengetuai unit tertentu kononnya wujud kumpulan yang menentang pentadbira­n kerajaan pusat.

Katanya Malaysia akan bekerjasam­a dengan negara ASEAN yang prihatin terhadap masalah ini bersama Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migran (IOM) dan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian ( UNHCR) serta beberapa badan antarabang­sa lain.

“Pertama untuk meneruskan kesinambun­gan bantuan kebajikan, perubatan dan persekolah­an anak-anak mereka. Usaha jangka masa sederhana adalah supaya akhirnya mereka kembali ke tanah asal mereka.

“Bagi jangka panjang, akhirnya mencadangk­an zon selamat yang diiktiraf PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), perkara ini mungkin boleh dibawa oleh anggota Majlis Keselamata­n PBB untuk dijadikan resolusi agar Rohingnya dapat kembali dan dipantau oleh pasukan pemantau PBB,” katanya.

Krisis kemanusiaa­n semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar dengan semakin ramai etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh setiap hari dan semakin banyak kem pelarian diwujudkan.

Sehingga kini, jumlah sebenar pelarian tidak dapat dipastikan tetapi banyak pihak mendakwa ia melebihi sejuta orang.

Untuk rekod, hanya terdapat dua kem rasmi bagi pelarian Rohingya iaitu Kutupalong dan Nayapara tetapi berpuluhpu­luh lagi kem sementara diwujudkan oleh pelarian sendiri dan angka itu bertambah dari hari ke hari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia