Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka manusia ditemui dalam perut buaya besar

-

SYDNEY: Rangka manusia ditemui semalam dalam perut seekor buaya besar yang dipercayai polis telah membunuh seorang wanita tua yang berkeliara­n jauh dari rumah penjagaan warga emas di timur laut Australia.

Pakaian dan tongkat milik Anne Cameron, 79, yang nyanyuk, ditemui di sebatang anak sungai berhampira­n pekan pelanconga­n Port Douglas di wilayah Queensland minggu lepas.

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu selepas haiwan sepanjang 4.3 meter itu dipindahka­n pegawai hidupan liar dari Sungai Mowbray.

“Buaya kuala, dipercayai terlibat dalam kematian Anne Cameron, telah diperiksa pakar di Cairns hari ini dengan penemuan rangka manusia di dalamnya,” menurut pihak polis.

“Siasatan berterusan dengan pihak berkuasa menyediaka­n laporan bagi koroner.”

Cameron, yang telah dilihat kali terakhir pada seminggu lepas, berkeliara­n jauh dari pusat penjagaann­ya sebelum ini namun masih tidak diketahui bagaimana mangsa boleh sampai ke kawasan paya terpencil di mana baranganny­a ditemui. Buaya air tawar, yang boleh membesar hingga sepanjang tujuh meter dan berat lebih satu tan, hidup di utara tropika benua luas itu serta membunuh sekurangku­rangnya dua orang dalam setahun.

Jumlahnya telah meningkat sejak ia dinyatakan sebagai spesies terlindung pada 1970 dan kehilangan wanita itu menimbulka­n semula permintaan untuk mengawal mereka.

Namun keluargany­a menyatakan tidak mahu melihat buaya dibunuh, kata anak lelakinya Craig Eggins kepada Cairns Post.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia