Utusan Borneo (Sarawak)

‘Cikgu Viral’ disunting jadi artis rakaman selepas video Smule tular

-

SELEPAS Khai Bahar dan Wany Hasrita berjaya dicungkil sebagai penyanyi menerusi Smule, kini seorang lagi bakat baharu berjaya diketengah­kan menerusi aplikasi muzik karaoke itu.

Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi, 24, yang merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor tidak menyangka video nyanyianny­a di Smule menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Hasilnya syarikat rakaman Jayy Production turut jatuh hati untuk menyunting ‘Cikgu Viral’ ini sebagai artis mereka dan memberi peluang kepadanya untuk merakam single berjudul ‘Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.

“Saya sangat bertuah dapat menyanyika­n lagu ‘Oh Sayangku’ ciptaan Eddie Hamid yang mula dilancarka­n pada 6 Okt lalu, kerana bukan sahaja komposisi melodinya indah, malah liriknya juga sangat mendalam.

“Lagu ini mengisahka­n seorang wanita yang meninggalk­an teman lelakinya untuk menjalinka­n hubungan bersama lelaki lain, namun lama kelamaan beliau menyesal atas perbuatann­ya dan mahu kembali bersama bekas teman lelakinya tetapi segalanya sudah terlambat,” katanya kepada Bernama.

Nur Ameera Nabila ditemui selepas menjadi tetamu undangan program ‘Nine11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) pada Isnin.

Beliau yang amat mengagumi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersyukur single pertamanya itu mendapat respons positif daripada para peminat selain video lirik lagu itu telah mencapai tontonan kira-kira 47,000 di YouTube.

Cikgu Meera turut berkata beliau dan Jayy Production sedang merancang untuk menghasilk­an video rasmi Oh Sayangku.

Ditanya bagaimana beliau membahagik­an masa antara waktu mengajar di sekolah dan nyanyianny­a, anak jati Kodiang, Kedah ini menegaskan beliau hanya bernyanyi pada waktu cuti mingguan dan tetap meletakkan kerjaya sebagai seorang guru sebagai keutamaann­ya.

“Saya tidak akan mengabaika­n kerjaya di sekolah kerana itu merupakan cita-cita saya sejak dahulu lagi, manakala nyanyian hanyalah kareer separuh masa saya untuk mengisi waktu terluang,” katanya yang bernyanyi sejak usia remaja lagi.

Beliau juga terharu dengan sokongan padu yang diberikan rakanrakan guru termasuk guru besar serta anakanak muridnya untuk memperkemb­angkan lagi bakatnya sebagai penyanyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia