Utusan Borneo (Sarawak)

Rocky wakil tunggal Malaysia bersaing pada pusingan utama

-

KUCHING: Pemain tenis, Rocky Damien muncul wakil tunggal daripada empat pemain Malaysia bersaing pada pusingan utama kejohanan tenis perseorang­an Sirkit ITF Pro Lelaki di Pusat Tenis SLTA, di sini semalam.

Rocky menewaskan pencabar dari Singapura, Roy Hobbs dengan 6-1, 6-2 untuk menyertai dua rakan sepasukann­ya, Ahmed Deedat Abdul Razak dan Syed Mohd Agil Naguib pada pusingan pertama.

Beliau dijadualka­n bertemu pemain pilihan ketiga dari Ka- zakhstan, Denis Yevseyez.

Manakala Ahmad Deedat bakal berdepan pilihan keempat, Evan Song dari Amerika Syarikat sementara Mohd Agil menentang Lukas Ollert dari Jerman pada aksi pertama.

Pada perlawanan semalam, pemain kebangsaan, Christian Didier Chin tewas 3-6, 3-6 kepada pemain Jepun, Ryota Kishi.

Rakan sepasukan, Shamirul Shahril Mohd Adam Das juga akur tewas di tangan pemain China, Chen Liran dengan 6-3, 1-6 dan 6-2.

Bagaimanap­un, nasib tidak menyebelah­i wakil negara itu untuk menang dalam set kedua selepas mendahului 1-0 pada set permata.

Seorang lagi pemain negara, Christian Oliver Lee turut kecundang dengan 3-6, 4-6 ketika berdepan Alberto Lim dari Filipina.

Turut layak ke pusingan terakhir ialah Palaphoom Kovapitukt­ed ( Thailand), Suraj R Prabodh (India), Aleksandr Malyshev (Rusia) dan Keisuke Numajiri (Jepun), Alessandro Bega (Itali) dan Wang Chuhan (China).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia