Utusan Borneo (Sarawak)

20 pasukan rebut trofi Piala DUN Nangka

-

SIBU: Lebih 20 pasukan dijangka bersaing pada edisi ketiga Kejohanan Sepak Takraw Piala DUN Nangka di Gelanggang Sepak Takraw Rumah Melina, Batu 11, Jalan Oya Lama di sini pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pengerusi jawatankua­sa pengelola, Sain Melina berkata pasukan yang mengambil bahagian termasuk dari Pakan, Julau, Kanowit, Mukah dan Kapit.

“Kita melihat sukan sepak takraw berjaya menghimpun­kan serta merapatkan hubungan komuniti setempat.

“Pada masa sama, diharap dapat meningkatk­an minat masyarakat untuk terus bermain sukan tradisi itu agar tidak luput ditelan zaman,” katanya di sini semalam.

Menurut Sain, penganjura­n kejohanan itu bagi memberi peluang kepada kalangan belia tempatan menguji kemampuan bersaing bersama regu- regu dari luar daerah Sibu.

Katanya, ia juga mampu menjadi landasan menonjolka­n bakat-bakat baharu kalangan anak muda untuk digilapkan.

“Sukan ini sewajarnya menjadi budaya masyarakat ke arah meningkatk­an kesihatan dan kualiti kehidupan,” katanya.

Juara bakal membawa pulang piala, wang tunai sejumlah RM500 bersama hadiah iringan, manakala naib juara menerima wang tunai RM300 serta piala iringan.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM150 bersama piala iringan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubung­i Sain Melina di talian 0194597063 atau David Mataw (014-5809492).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia