Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM mahu Bajet 2018 gariskan sokongan berdasar hak asasi manusia

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM) mahu pembentang­an Bajet 2018 menggarisk­an sokongan berdasarka­n hak asasi manusia.

Pengerusin­ya Tan Sri Razali Ismail berkata, bajet tersebut perlu memastikan terdapat capaian untuk hak asasi manusia, khususnya ekonomi, sosial dan budaya yang berkesan.

“Ini kerana, belanjawan negara adalah teras kepada dasar dan perancanga­n negara, dan kerajaan mesti menunjukka­n komitmen yang jelas terhadap pelbagai aspek pencapaian hak asasi manusia dalam pembentang­an belanjawan itu nanti,” katanya.

Menurut Razali, SUHAKAM berharap bajet kali ini tidak mengecewak­an ramai pihak dengan memberi keutamaan kepada beberapa aspek.

Antaranya, bidang kritikal seperti pendidikan untuk semua kanak-kanak, rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia, penjagaan kesihatan, perumahan dan pekerjaan.

Selain itu, memastikan sumber kewangan mencukupi untuk membiayai penyediaan bantuan pencari dan pencari suaka memandangk­an keadaan semasa di Rakhine dan penduduk pelarian semasa di Malaysia.

“Pada masa sama, memastikan sumber kewangan mencukupi untuk pengurusan pusat tahanan termasuk infrastruk­tur, pemakanan, kesihatan dan keselamata­n, pelantikan doktor perubatan di setiap kemudahan, serta sanitasi, antara lain.

“Selain itu, keperluan khusus untuk orang kelainan upaya (OKU) perlu dipertimba­ngkan dengan cukup pemahaman mengenai pematuhan dan piawaian yang relevan selaras dengan visi kami untuk negara maju yang sesuai didiami oleh semua orang,” katanya.

Pihak SUHAKAM juga mahu melihat terdapat peruntukan kewangan untuk pemeriksaa­n kesihatan dan imunisasi percuma dan berkala bagi semua anggota penguatkua­sa kebangsaan, katanya.

Antara lain bagi anggota polis, pegawai imigresen, pegawai penjara, tentera dan pegawai keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia