Utusan Borneo (Sarawak)

FUTSAL PIALA UTUSAN BORNEO TAWAR RM8,650

-

KUCHING: Utusan Borneo akan menganjurk­an Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Keempat pada 25 dan 26 November ini.

Bertempat di Stadium Futsal Vikings, Jalan Matang-Batu Kawa, penganjura­n kali ini dibahagika­n kepada tiga kategori - Kategori Lelaki Bawah 23 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun dan Terbuka Wanita.

Johan Kategori Lelaki Bawah 23 Tahun akan memenangi hadiah wang tunai RM2,000, piala, pingat dan sijil; naib johan pula RM1,500 piala, pingat dan sijil dan tempat ketiga bersama RM500 berserta pingat dan sijil.

Manakala johan Kategori Terbuka Wanita bakal menerima wang tunai RM800 berserta piala, pingat dan sijil; naib johan RM550 berserta piala, pingat dan sijil; dan tempat ketiga bersama RM300 berserta pingat dan sijil.

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada johan berserta piala, pingat dan sijil, manakala naib johan RM600 berserta piala, pingat dan sijil, dan tempat ketiga bersama RM300 berserta pingat dan sijil.

Borang penyertaan boleh didapati di semua kedai cawangan Coneli Sports, Stadium Futsal Vikings, atau pejabat Utusan Borneo di Tingkat 2, Crown Towers, Jalan Pending.

Borang juga boleh diperolehi menerusi akhbar Utusan Borneo pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2017.

Maklumat lanjut hubungi Freddie di talian 013-8829673, Harry (012-8074924) dan Saibi (013-8817785).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia