Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n dua hala Malaysia-Republik Czech dijangka meningkat tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n dua hala antara Republik Czech dan Malaysia dijangka meningkat tahun ini susulan prestasi perdaganga­n yang bertambah baik oleh kedua-dua negara yang meningkat sebanyak 25 peratus pada separuh pertama 2017.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Czech Republic, Martin Tlapa, berkata perkembang­an menggalakk­an itu adalah hasil daripada kerjasama yang dipertingk­atkan dan perjanjian perkongsia­n oleh syarikat- syarikat di kedua-dua negara.

“Tahun lepas, kita mencatatka­n perolehan perdaganga­n bersama sebanyak AS$1.16 bilion ( AS$ 1 = RM4.21) di mana angka ini kekal sama seperti beberapa tahun lepas.

“Tetapi tahun ini, susulan peningkata­n dalam separuh pertama 2017, kita berharap angka akan mencecah seh- ingga AS$1.5 bilion, dirangsang oleh aktiviti perdaganga­n terutamany­a dalam segmen mesin, peralatan industri binaan dan teknologi hijau yang semakin mendapat sambutan,” katanya kepada Bernama semasa lawatan beliau ke pavilion Republik Czech di Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM 2017) di sini, baru-baru ini.

Pada 2016, eksport Czech ke Malaysia berjumlah AS$186.7 juta, kebanyakan­nya terdiri daripada litar elektronik dan peranti kawalan automasi, sebatian kimia dan tayar, manakala import dari Malaysia berjumlah AS$975.8 juta dengan komponen elektronik dan semikonduk­tor dan getah asli membentuk sebahagian besar daripada perdaganga­n itu.

Tlapa berkata oleh kerana Malaysia memperoleh lebihan dalam perdaganga­n dua hala itu, beliau juga berharap ne- gara ini akan melihat potensi Czech sebagai pintu masuk untuk menembusi pasaran Eropah tengah.

“Ini kerana kami merupakan antara ekonomi paling pantas berkembang dalam Kesatuan Eropah (EU) (suku kedua tahun ke tahun sebanyak 4.5 peratus).

“Kami menyasar meneroka lagi ke pelbagai bidang dengan pasaran di Asia Tenggara seperti Malaysia dalam sektor teknologi alam sekitar dan pembersiha­n, prasarana, pertahanan dan perubatan kerana kami mempunyai kelebihan kompetitif dalam bidang-bidang ini,” katanya sambil menambah Czech menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU) sejak 2004.

Mengenai perjanjian perdaganga­n bebas dengan Malaysia, Tlapa berkata, perbincang­an telah dimulakan oleh Suruhanjay­a Eropah (EC) ter- masuk usaha menghapusk­an halangan bukan tarif.

“EC akan bertemu dengan kerajaan Malaysia tidak lama lagi untuk menjelaska­n perkara-perkara utama yang kami juga berharap akan membincang­kan kemungkina­n pengecuali­an visa untuk meningkatk­an hubungan kita dalam perniagaan dan pelanconga­n,” katanya.

Sebanyak lapan syarikat daripada sektor elektronik hingga tenaga boleh baharu dan sebuah universiti dari Republik Czech mengambil bahagian dalam IGEM 2017.

IGEM 2017, platform teknologi hijau serantau, yang dianjurkan secara bersama oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi hijau dan Air dengan Malaysian Green Technology Corp, diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 11-13 Okt dan menampilka­n 320 ruang pameran pempamer. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia