Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu rakyat hadapi kos sara hidup tumpuan Bajet 2018

Pada masa sama kekalkan pertumbuha­n ekonomi negara

-

JOHOR BAHRU: Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada 27 Oktober ini akan lebih tertumpu kepada kesejahter­aan rakyat, terutama dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, selain memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang keusahawan­an.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ini merupakan antara agenda utama kerajaan dalam membantu rakyat, dan pada masa yang sama memastikan ekonomi negara dapat terus berkembang.

“Perincian maklumat tersebut akan dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentang­an Bajet 2018, pada 27 Okt, namun apa yang saya boleh beritahu ialah bajet kali ini akan lebih tertumpu kepada kesejahter­aan rakyat dalam berhadapan dengan kos sara diri dan cara kita mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

“Antara agenda utama bajet kali ini ialah keusahawan­an, dengan kerajaan akan majukan syarikat-syarikat pemula niaga baharu, industri kecil dan sederhana dan banyak lagi. Jadi, banyak tumpuan akan diberikan kepada program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Program Keusahawan­an Bumiputera (BAHTERA) Edisi Selatan 2017 oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Johor, di sini semalam.

Sementara itu, mengenai BAHTERA, Mohd Irwan Serigar berkata program seumpama itu banyak mela- hirkan golongan usahawan, baik dari segi memulakan perniagaan malah meluaskan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

“Pada kali pertama penganjura­nnya, kita berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung dan melahirkan lebih 6,000 usahawan, yang merupakan antara usaha yang dilaksanak­an kerajaan dalam membantu rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata BAHTERA merupakan antara usaha yang dapat menyumbang dan membantu dalam menyediaka­n ekosistem yang diperlukan oleh usahawan, seperti khidmat nasihat, peluang, kewangan dan sebagainya.

“Kementeria­n Kewangan menganjurk­an program ini bagi membantu dan melengkapk­an usaha di Johor dalam menggalakk­an lebih ramai masyarakat melibatkan diri dalam bidang keusahawa- nan.

“Kita yakin usahawan dapat memainkan peranan dalam memastikan ekonomi negeri terus tumbuh secara berterusan. Yang penting, kerajaan pusat dan negeri telah membantu menyediaka­n platform, selain bertindak sebagai pemudah cara kepada golongan usahawan.

Selari dengan objektif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), BAHTERA Edisi Selatan 2017 bertujuan menyediaka­n bimbingan dan ilmu kepada peserta untuk memperting­kat perniagaan mereka, selain jaringan perniagaan, sekali gus menjadi pengenalan kepada teknologi terkini dalam mewujudkan persaingan mampan.

BAHTERA merupakan antara usaha Kementeria­n Kewangan dan dilaksanak­an oleh Pejabat Pembanguna­n Keusahawan­an Nasional (NEDO). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia