Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Pasar Malam SABERKAS sangkal tuduhan

Sangkal tuduhan tidak berasas Dr Ting berhubung penyelewen­gan duit kutipan bil elektrik pasar malam itu

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Jawatankua­sa Pasar Malam SABERKAS di sini menyangkal tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon yang didakwa tidak berasas berhubung isu penyelewen­gan duit kutipan bil elektrik di pasar malam tersebut.

Pengerusi Pasar Malam SABERKAS Abdul Rahman Jawawi berkata Dr Ting perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang laporan atau tuduhan.

“Kami bersedia berjumpa Dr Ting serta amat mengalualu­kan perjumpaan dengan beliau dan memberi kerjasama sepenuhnya jika beliau bermaksud hendak mengetahui hal ehwal pentadbira­n Pasar Malam SABERKAS,” katanya.

Menurutnya, itu sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum membuat sebarang kenyataan tidak berasas menuduh penyelewen­gan terhadap duit kutipan bil elektrik oleh Jawatankua­sa Pasar Malam SABERKAS.

Abdul Rahman berkata, Jawatankua­sa Pasar Malam SABERKAS merupakan sebuah badan dilantik khas oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) sejak penubuhann­ya bagi membantu menguruska­n pasar malam itu termasuk kutipan wang membiayai bil elektrik digunakan oleh peniaga-peniaga di situ.

Kami bersedia berjumpa Dr Ting serta amat mengalu-alukan perjumpaan dengan beliau dan memberi kerjasama sepenuhnya jika beliau bermaksud hendak mengetahui hal ehwal pentadbira­n Pasar Malam SABERKAS. Abdul Rahman Jawawi Pengerusi Pasar Malam SABERKAS

“Jawatankua­sa itu turut bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diperlukan.

“Jawatankua­sa tersebut ditubuhkan sejak 15 tahun lalu, tiada masalah besar dalam pengurusan dan pentadbira­nnya,” jelas beliau.

Abdul Rahman yang mulai menerajui jawatankua­sa itu sejak Mac 2015, berkata sehingga kini sebanyak 140 peniaga aktif di pasar malam itu menjual pelbagai barang daripada makanan sehingga pakaian, aksesori, kraf dan sebagainya.

Pada Jumaat lalu, Dr Ting bersama Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling serta Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee membuat laporan di Pejabat SPRM Miri meminta mereka menyiasat isu penyelewen­gan duit peniaga Pasar Malam SABERKAS yang didakwa diminta membayar bil elektrik oleh sebuah persatuan dipercayai tidak berdaftar.

Sementara itu, laporan polis dibuat oleh jawatankua­sa itu diketuai Abdul Rahman pada jam 8.30 malam Sabtu lalu di Balai Polis Pusat Miri bagi menyangkal dakwaan Dr Ting.

 ??  ?? KERJASAMA: Abdul Rahman (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sanya menunjukka­n laporan polis dibuat dan bersedia memberi kerjasama dengan SPRM jika diperlukan.
KERJASAMA: Abdul Rahman (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sanya menunjukka­n laporan polis dibuat dan bersedia memberi kerjasama dengan SPRM jika diperlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia