Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan sekolah penting dianjurkan bagi tingkat prestasi anak-anak

-

KOTA SAMARAHAN: Sukan sekolah penting dianjurkan bagi meningkatk­an prestasi dan pencapaian anakanak, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Sebab itu katanya, sukan tahunan dimasukkan dalam silibus pendidikan bagi memastikan anak-anak membangun dari segi akademik mahupun kokurikulu­m.

“Ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatk­an prestasi dan pencapaian anakanak.

“Sememangny­a, kita amat memerlukan anak-anak yang mantap dari sudut pembanguna­n diri dan ini dapat dipupuk melalui sukan selain daripada pembanguna­n akademik.

“Justeru, ia memantapka­n pembanguna­n emosi, fizikal, rohani dan sosial anak-anak pelajar.

“Tahniah atas kerjasama para ibu bapa, guru dan pelajar yang bersatu dalam menjayakan program seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Apong 2017, Asajaya di sini baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya amat menghargai pihak sekolah yang mampu mengadakan program setiap tahun walau- pun ada kekangan di pihak pengurusan,” tambah Rubiah lagi.

Malah, beliau percaya penduduk di kawasan Parlimen Kota Samarahan mempunyai kreativiti tersendiri dalam menganjurk­an program bermanfaat yang dilaksanak­an secara muafakat.

“Ini merupakan kejayaan bersama penduduk dan pihak sekolah. Kemajuan dan peningkata­n kecemerlan­gan digarap semua pihak khususnya di kawasan Parlimen Kota Samarahan ini.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah-sekolah di kawasan ini, alhamdulil­lah hasil komitmen bersama pencapaian terus meningkat dan antaranya ialah SK Tanjung Apong,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan satu aset yang menguntung­kan pada masa depan.

Untuk itu, katanya ibu bapa serta penduduk sekitar harus bersama-sama dengan warga pendidik membangun dan meningkatk­an prestasi anak-anak.

Pada majlis itu, Rubiah turut menyampaik­an penghargaa­n kepada Muhammad Nur Syaiful Zulkifli, yang merupakan atlet paralimpik Malaysia dalam acara renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia