Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Pantai Damai sasar tubuh rumah JKKK di setiap kampung

-

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pantai Damai menyasarka­n untuk menubuhkan rumah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) di setiap kampung.

Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, rumah JKKK itu ditubuhkan bagi dijadikan pejabat khas untuk JKKK kampung berkenaan untuk kegunaan bersama.

“Sudah menjadi hasrat saya agar semua JKKK dalam kawasan DUN Pantai Damai mempunyai pejabat sendiri dengan syarat ada tanah yang tiada kos pembelian.

“Rumah JKKK ini juga memberi kemudahan kepada pertubuhan bukan kerajaan dalam kampung terlibat bagi kegunaan bersama seperti mengadakan mesyuarat atau perbincang­an sesuatu program bagi komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Rumah JKKK Bandar Baru Samariang di sini baru-baru ini.

“Tahniah dan syabas kepada kepimpinan JKKK Bandar Baru Samariang kerana telah dapat bekerjasam­a menubuhkan rumah JKKK yang pertama dalam DUN Pantai Damai.

“Pembinaan rumah JKKK seperti ini adalah melalui peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai dan rumah JKKK yang dibina pada peringkat awal ini akan berterusan bagi menambah baik lagi rumah tersebut,” jelasnya.

Menurut Dr Abdul Rahman lagi, terdapat beberapa rumah JKKK yang dibina melalui peruntukan tersebut di DUN Pantai Damai.

Tambahnya lagi, pembinaan rumah atau pejabat seperti itu akan memudahkan pengurusan JKKK mentadbir kampung mahupun kawasan perumahan.

“Semoga perjalanan dan perancanga­n JKKK untuk mentadbir kawasan perumahan ini akan berjalan dengan lancar dan bersistem bagi kesejahter­aan masyarakat setempat.

“Diharap juga pihak JKKK akan menjaga rumah ini dengan baik dan ditadbir urus agar untuk memudahkan tugasan sendiri,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia