Utusan Borneo (Sarawak)

MENYOROK DALAM PETI SEJUK

Lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rompak dan samun kereta di Miri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang lelaki sanggup bersembuny­i di dalam sebuah peti sejuk dalam cubaannya mengelak daripada dicekup polis, tengah malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek, 23, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rompak dan samun sebuah kereta di sini, baru-baru ini.

“Serbuan dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Pusat Miri diketuai ASP Koay Kok Ping di sebuah rumah di Piasau Jaya Fasa 1.

“Suspek berjaya ditangkap di tingkat atas rumah ketika sedang bersembuny­i di dalam peti sejuk sedang berfungsi,” katanya.

Menurut Stanley, hasil pemeriksaa­n menemui satu dompet yang mengandung­i kad pengenalan suspek dan kad ATM yang kemudianny­a dirampas untuk dijadikan bahan bukti kes.

“Suspek yang juga seorang penagih dadah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stanley berkata, polis sedang giat mengesan dua lagi lelaki iaitu rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

Sementara itu, tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan kes rompak di tempat letak kereta perpustaka­an di Piasau Jaya, baru-baru ini.

Jelas Stanley, kereta yang dilarikan suspek telah ditinggalk­an di tepi Jalan Pujut dan dijumpai pada 19 September lepas.

“Namun, telefon bimbit dan tablet yang terdapat di dalam kereta tersebut telah dijual oleh suspek serta dua rakannya dan wang hasil dibahagi sama rata,” katanya.

 ??  ?? TIADA JALAN LARI: Suspek bersembuny­i di dalam peti sejuk berjaya diberkas polis.
TIADA JALAN LARI: Suspek bersembuny­i di dalam peti sejuk berjaya diberkas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia