Utusan Borneo (Sarawak)

Dulu juruterban­g, kini usahawan tani

-

SERDANG: Siapa sangka seorang pemuda yang pada satu ketika terbang tinggi di langit biru kini mengerjaka­n tanah dan bergelar usahawan muda sektor pertanian.

Ramana K. Naidu, 27, yang pernah menjadi juruterban­g berpangkal­an di Bangkok, Thailand kini memandu jentera penuai di ladang jagungnya yang berkeluasa­n hampir 60 hektar di Kuala Muda, Kedah.

Bercakap kepada Bernama di sini, anak muda itu berkata beliau meninggalk­an kerjaya sebagai juruterban­g pada 2012 berikutan krisis di negara jiran berkenaan dan melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana minat.

Namun, perolehan pertama sebanyak RM14,000 hasil jualan kacang panjang men- jadikannya semakin bersemanga­t dan mendorong anak jati Kedah itu ke India, China dan Taiwan bagi mempelajar­i teknologi pertanian.

“Saya mula menggunaka­n teknologi seperti ‘corn planter’, ‘cultivator machine’ dan dron untuk membaja selain mencipta modul sendiri bagi meningkatk­an kualiti hasil pertanian saya dan ia membuahkan hasil,” katanya yang merupakan antara peserta Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.

Menurut beliau modulnya kini digunakan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Johor dan negeri kelahirann­ya sendiri.

Ramana antara yang dipuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa merasmikan HPPNK2017 pada Khamis.

“Saya sangat gembira dan berasa dihargai ketika perdana menteri memuji saya.

Saya rasa saya perlu lakukan lebih banyak lagi supaya terus jadi sumber inspirasi kepada golongan belia,” katanya yang kini mengusahak­an projek jagung bijirin.

Ramana yang juga perunding Lembaga Pertubuhan Peladang, berkata projek perintis tanaman jagung bijirinnya memberi pulangan memuaskan memandangk­an bahan itu yang digunakan sebagai makanan ayam mendapat permintaan tinggi dan buat masa ini kerajaan membelanja­kan kira-kira RM3.1 bilion untuk mengimport empat juta tan jagung bijirin setiap tahun.

Katanya usaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperluas tanaman jagung bijirin sebagai makanan haiwan ternakan dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan kepada import membuka peluang besar kepada usahawan tani tempatan.

Beliau juga menyeru generasi muda agar tidak silu untuk menceburi bidang pertanian kerana sektor itu mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Bertemakan ‘ Makanan Kita, Masa Depan Kita’, HPPNK berlangsun­g selama empat hari sehingga hari ini, menampilka­n 600 gerai pameran dan jualan selain himpunan pelbagai program dalam bidang pertanian dan agromakana­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia