Utusan Borneo (Sarawak)

BIKF medium penyatuan rakyat dengan peserta antarabang­sa

-

BINTULU: Festival LayangLaya­ng Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) menjadi medium pengukuh hubungan dan penyatuan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk menyatukan jalinan dengan peserta antarabang­sa.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, apabila melihat layang-layang penduduk di Bintulu bersatu menjadikan festival ini begitu berjaya membawa keceriaan kepada tempat ini.

“Bersatu untuk penduduk Bintulu dalam festival ini sesuatu yang baik maka apabila ada permintaan menambah bajet acara ini, saya terus setuju,” ujarnya dalam ucapan pembukaan rasmi BIKF Ke-13 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu semalam.

Beliau berkata, kehadiran pengunjung semakin ramai malah penyertaan peserta meningkat mendorong kita untuk terus mengalu-alukan kedatangan orang luar ke bandar ini.

“Saya dapat melihat muka ceria pengunjung pelbagai latar belakang dan kaum bercampur apabila melihat layang-layang. Maka wajar untuk kita berasa gembira dan bangga dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi berkata, penyertaan peserta dalam festival itu amat meng- galakkan apabila ia disertai 130 peserta dari 25 negara seluruh dunia dengan tiga negara baharu ialah New Zealand, Estonia dan Rusia.

Katanya, setiap tahun ada negara baharu menyertai menyebabka­n pihaknya terpaksa mengehadka­n bajet serta penyertaan.

Justeru beliau berharap pihaknya akan mendapat peruntukan lebih daripada kerajaan negeri menjayakan acara tersebut pada masa akan datang berikutan BDA banyak menggunaka­n dana dalaman menyokong acara besar itu.

“Jumlah peruntukan yang tidak mencukupi bukan isu tetapi jumlah orang mendapat manfaat acara ini sesuatu yang perlu dilihat sebagai menakjubka­n kerana setiap tahun akan ada acara baharu diselit.

“Hari pertama hingga keempat penganjura­n festival ini kita dapat melihat orang sentiasa ada mengunjung­i tapak festival. Dengan perbelanja­an pengelolaa­nnya kita melihat ia memberikan manfaat dan berbaloi.

“Tahun ketiga sebagai pengurus besar, saya melihat kesungguha­n jawatankua­sa pengelola yang terus bersemanga­t untuk menjayakan acara ini serta berjaya membawa satu aktiviti besar yang berfaedah kepada penduduk Bintulu,” katanya sambil menambah pihaknya bertuah kerana dapat menganjurk­an festival layang-layang yang ditunggu-tunggu penduduk Bintulu pada setiap tahun bermula sejak 13 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia