Utusan Borneo (Sarawak)

Syukuri nikmat keamanan Malaysia: Pegawai misi UNAMID

-

SEPANG: Menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu ( PBB) Darfur- Sudan ( UNAMID) membuka mata sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) betapa berertinya nikmat keamanan yang dikecapi Malaysia.

Pasukan itu yang diketuai Deputi Superinten­den Shoppri Saad selamat tiba di tanah air pada jam 2.30 petang semalam selepas menamatkan misi selama setahun di Sudan bermula 25 Sept 2016.

Shoppri berkata mereka melihat bagaimana peperangan memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat sehingga terpaksa menjadi pelarian.

“Keadaan hidup mereka sangat daif dan dibelenggu kemiskinan... rumah yang mereka diami juga sukar dilihat di negara kita.

“Kami rasa amat bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini dan pegawai polis dari negara lain juga mengakui Malaysia sangat aman dan makmur,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan kepulangan pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Ditanya mengenai pengalaman yang paling berharga sepanjang misi itu, katanya pertemuan dengan seorang wanita tua semasa menyampaik­an sumbangan rakyat Malay- sia, tidak mungkin dapat dilupakann­ya.

“Dia datang mencium tangan saya dan memanjatka­n kesyukuran bahawa ada rakyat Malaysia yang sudi membantu. Mereka sangat menghargai bantuan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pengurusan ( Latihan) PDRM, DCP Datuk T. Narenasaga­ran yang menyambut ketibaan pasukan itu berkata, setakat ini PDRM telah menghantar sebanyak 4,120 anggota dan pegawai pelbagai pangkat bagi menyertai misi pengaman PBB di negara-negara bergolak.

Katanya PDRM sentiasa bersedia untuk menghantar pegawai dan anggota bagi menyertai misi pengaman PBB, selaras dengan komitmen negara untuk menambah anggota pasukan itu yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak mengenai Pemelihara­an Keamanan di New York pada 2015.

“Ketika ini anggota dan pegawai yang masih bertugas di Sudan ada kira-kira 20 orang dan yang balik (sembilan orang) akan diganti dengan yang lain pada bulan depan,” katanya.

Narenasaga­ran berkata adalah menjadi antara tanggungja­wab PDRM bagi menjaga keamanan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia