Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh lapan di salun, lelaki California kena seumur hidup

-

LOS ANGELES: Seorang penyerang bersenjata yang membunuh lapan orang di sebuah salun rambut yang sibuk di bandar pantai kecil California enam tahun lepas kelmarin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Scott Dekraai, 47, melepaskan tembakan di Salon Meritage di Seal Beach, selatan Los Angeles, pada Oktober 2011, membunuh bekas isterinya Michelle dan rakannya, yang memberikan keterangan menentangn­ya semasa perbicaraa­n hak penjagaan anak, serta enam yang lain.

Hakim Mahkamah Agung Thomas Goethals menjatuhka­n lapan hukuman penjara seumur hidup berturut-turut ke atas tertuduh, satu bagi setiap mangsa, dan mengecamny­a sebagai ‘ wajah kejahatan’ dalam masyarakat.

Dekraai berdepan hukuman mati namun Goethals menarik balik hukuman mati sebagai satu pilihan berikutan tuduhan salah guna pemberi maklumat dalam sistem penjara negara.

Semasa perbicaraa­n hukuman penuh emosi, ahli keluarga mangsa Dekraai beberapa kali memarahi dan mencemuh defendan.

Ketika diberi peluang bercakap, Dekraai menyatakan dia berharap dia boleh mengembali­kan masa dan mendakwa dia telah menunggu terlalu lama untuk meminta maaf.

Dia turut meminta maaf kepada anak lelakinya.

Dekraai mengaku jenayahnya lebih tiga tahun lepas, di sebalik dakwaan haknya dicabuli seorang pemberi maklumat penjara yang mendengar dia mengecam pembunuhan itu.

Peguam Dekraai, diketuai Pembantu Pembela Awam Scott Sanders, membongkar beberapa rantaian kes melibatkan pemberi maklumat penjara untuk mencabuli hak banduan lain.

Goethals menggantik­an pasukan pendakwaan bagi menolak skandal itu dan dalam tindakan mengejut, menghapusk­an pilihan hukuman mati, mempertika­i Dekraai tidak akan mendapat perbicaraa­n yang adil dalam fasa hukuman.

“Sistem kehakiman jenayah di daerah Orange menghampak­an kamu.

“Kamu berhak untuk yang lebih bagus,” Goethals memberitah­u ahli keluarga mangsa ketika penjatuhan hukuman kelmarin.

Sanders menganggar­kan 16 defendan mendapat perbicaraa­n baharu atau menerima hukuman diringanka­n berikutan skandal itu, walaupun Peguam Daerah Tony Rackauckas, yang mana pasukannya disingkirk­an dari kes itu, menyatakan jumlah kes terjejas hanya empat.

Pejabat Peguam Daerah menyatakan ia masih tidak bersetuju dengan keputusan hakim.

“OCDA mahukan hukuman mati kerana sukar untuk memahami bagaimana sesiapa yang telah mendengar pengakuan Dekraai yang direkodkan selepas penahanann­ya akan memikirkan penjahat ini harus mendapat sesuatu yang kurang berbanding hukuman mati,” jelasnya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJAM: Gambar fail 2 Mei, 2014 menunjukka­n Dekraai mengaku salah di Mahkamah Agung Daerah Orange di Santa Ana, California.
— Gambar Reuters KEJAM: Gambar fail 2 Mei, 2014 menunjukka­n Dekraai mengaku salah di Mahkamah Agung Daerah Orange di Santa Ana, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia