Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis Syria, anaknya dibunuh di Istanbul

-

ISTANBUL: Seorang aktivis veteran pembangkan­g Syria dan anak perempuann­ya seorang wartawan telah ditemui ditikam hingga mati di apartmen mereka di Istanbul, lapor media Turki kelmarin, dalam jenayah yang didakwa penyokong sebagai pembunuhan gara-gara tugas mereka.

Rakan- rakan mangsa memaklumka­n pihak berkuasa setelah dua hari panggilan telefon kepada Aroubeh Barakat dan anaknya Halla Barakat tidak berjawab, menurut agensi berita Dogan dan Anadolu.

Pihak polis Turki kemudian tiba di apartmen mereka di daerah Uskudar di bahagian Asia Istanbul dan menemui mayat kedua-duanya.

Anadolu menyatakan siasatan polis merumuskan mereka telah ditikam hingga mati, manakala laporan yang belum disahkan menyatakan leher mereka dikelar.

A k h b a r H u r r i y e t menyatakan penyiasat forensik percaya mereka telah dibunuh dua tiga hari lepas dan penyerang telah mencurahka­n serbuk kapur pada mayat dan membungkus­nya dengan selimut bagi mencegah bau.

Pembunuhan menimbulka­n gelombang kejutan dan perkabunga­n di kalangan p e m b a n g k a n g S y r i a dalam buangan, di mana perkumpula­n Pakatan Negara berpusat di Istanbul.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Turki dihuni hampir tiga juta pelarian Syria, kebanyakan­nya penentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

“Tangan keganasan dan kuku besi suspek utama dalam jenayah pembunuhan kejam ini,” menurut Pakatan Negara.

“Kami yakin siasatan oleh pihak berkuasa Turki akan mendedahka­n maklumat lanjut,” tambahnya.

Adik perempuan Aroubeh Barakat, Shaza turut mengesahka­n kematian mereka dalam satu kenyataan Facebook, menyatakan kedua- dua mereka telah dibunuh tangan kuku besi yang tidak adil.

Beliau menyatakan kakaknya menentang rejim Assad sejak 1990-an ketika masih di bawah pemerintah­an ayah Bashar, Hafez.

Akhbar Yeni Safak menyatakan Aroubeh Barakat telah melakukan siasatan mengenai penyeksaan dalam penjara yang dilakukan rejim Assad.

Beberapa laporan menyatakan mangsa melarikan diri dari Syria di bawah pemerintah­an Hafez pada 1980- an dan mulanya menetap di Britain, kemudian di Emiriah Arab Bersatu dan sebelum datang ke Istanbul.

Halla Barakat, 22, telah bertugas bagi sebuah laman sesawang dikenali Orient News serta pernah seketika bertugas sebagai pengarang berita untuk ruangan bahasa Inggeris badan penyiaran negara TRT Turki TRT World.

Dua wartawan Syria dari bandar Raqa yang telah menentang kumpulan ekstremis Islamic State (IS) ditemui dalam keadaan mati disembelih di selatan Turki pada 2015.

Pengarah filem Syria Naji Jerf dibunuh di selatan Turki pada Disember 2015 selepas menghasilk­an dokumentar­i anti-IS. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUKAR: Kesesakan trafik menjejaska­n lebuh raya berhampira­n sebuah menara antena telefon bimbit gara-gara tindakan pengguna yang berusaha mencari isyarat selular selepas Maria membadai Dorado di Puerto Rico, kelmarin.
— Gambar Reuters SUKAR: Kesesakan trafik menjejaska­n lebuh raya berhampira­n sebuah menara antena telefon bimbit gara-gara tindakan pengguna yang berusaha mencari isyarat selular selepas Maria membadai Dorado di Puerto Rico, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia