Utusan Borneo (Sarawak)

MaGIC nafi pengaturan ‘quid-pro-quo’ dengan Uber

-

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) kelmarin menafikan penglibata­nnya dalam sebarang pengaturan ‘quid-pro-quo’, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ashran Ghazi.

“Awal minggu ini, kami terkejut mendapati kami dinamakan dalam artikel yang memberi dakwaan serius pada cara Uber beroperasi di rantau ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata agensi itu sering bekerjasam­a dengan syarikat korporat, yang menghubung­kan mereka dengan bakat keusahawan­an terkemuka Malaysia untuk membantu membina ekosistem keusahawan­an yang berkembang maju.

Ashran menegaskan kerjasama strategik ini telah membantu memberi inspirasi dan membimbing usahawan muda pada peringkat penjanaan idea.

Sebuah agensi berita antarabang­sa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang menyiasat Uber untuk menentukan sama ada ia melanggar undang- undang berhubung rasuah di luar negara.

Laporan tersebut menya- takan sehubungan itu, firma undang-undang Uber sedang menyiasat derma korporat bernilai “berpuluh ribu dolar” yang dibuat Uber pada Ogos 2016 kepada MaGIC.

Dakwaan rasuah itu berkaitan dengan ASEAN Next Great Idea ( ANGI) MaGIC yang dianjurkan secara bersama oleh MaGIC, Uber dan rakan kongsi kor- porat lain yang dilancarka­n pada Ogos 2016.

Dalam kerjasama itu, MaGIC menyelaras­kan kandungan, modul yang dirancang dan memasarkan program untuk mendapatka­n peserta ASEAN manakala Uber bertanggun­gjawab bagi makmal pembentuka­n idea dan rakan kongsi korporat ketiga menyediaka­n strategi permulaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia