Utusan Borneo (Sarawak)

Royal Brunei Airlines tawar penerbanga­n harga tambang istimewa ke Hong Kong

-

MIRI: Berita baik untuk pelancong yang merancang perjalanan mereka ke Hong Kong.

Khas untuk rakyat Malaysia, Royal Brunei Airlines (RB) kini menawarkan penerbanga­n pergi balik dengan pesawat B787 Dreamliner ke Hong Kong dengan hanya RM1027 (kelas pertama) dan RM530 (kelas ekonomi). Tambang termasuk cukai dan surcaj.

Tempoh perjalanan adalah dari 29 September hingga 4 Oktober 2017 (dari Bandar Seri Begawan ke Hong Kong) dan 5 hingga 9 Oktober 2017 (dari Hong Kong ke Bandar Seri Begawan).

Bagaimanap­un, warga Brunei dan rakyat Malaysia yang memegang permit kerja Brunei tidak layak mendapat harga tersebut. Para pelanggan juga tidak dapat membuat tempahan secara dalam talian (online).

Hong Kong, sebuah kota yang sibuk di selatan China terkenal sebagai syurga belibelah.

Selain menawarkan pengalaman membeli-belah, para pelancong juga boleh bersiarsia­r dan menikmati makanan yang disajikan di restoranre­storan mewah mahupun gerai-gerai tepi jalan.

Bandar raya ini juga mempunyai banyak bangunan bersejarah peninggala­n zaman penjajahan British. Di samping itu, para pelancong juga boleh berkunjung ke taman-taman bunga dan tokong-tokong Cina yang terletak di tepi bukit.

Dikenali sebagai ‘Xianggang’ oleh orang Cina, bandar raya Hong Kong merupakan pintu masuk untuk mengalami warisan budaya negara China.

Pelanggan boleh menghubung­i pejabat Royal Brunei Miri di 085-426322 atau ejen pelanconga­n Royal Brunei terdekat untuk tempahan tiket dan pertanyaan mengenai penerbanga­n.

Penjualan tiket penerbanga­n untuk penerbanga­n ke Hong Kong adalah sehingga 30 September 2017. Jadi cepat dapatkanny­a, sebab tempat duduk adalah terhad.

Royal Brunei Airlines telah beroperasi sebagai syarikat penerbanga­n kebangsaan Negara Brunei Darussalam sejak penubuhann­ya pada 18 November 1974.

Pada Oktober 2013, Royal Brunei Airlines telah menambah empat pesawat B787 Dreamliner dalam syarikatny­a.

Syarikat penerbanga­n ini menyediaka­n perkhidmat­an ke 16 destinasi merentasi Asia, Timur Tengah, United Kingdom dan Australia.

 ??  ?? LAYANAN BAIK: Penumpang kelas ekonomi juga akan menerima layanan baik semasa dalam pesawat.
LAYANAN BAIK: Penumpang kelas ekonomi juga akan menerima layanan baik semasa dalam pesawat.
 ??  ?? MESRA PELANGGAN: Kru Royal Brunei Airlines yang mesra.
MESRA PELANGGAN: Kru Royal Brunei Airlines yang mesra.
 ??  ?? TARIKAN: Kerusi luas untuk penumpang kelas pertama.
TARIKAN: Kerusi luas untuk penumpang kelas pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia