Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar universiti ambil bidang STEM semakin berkuranga­n, kata Rosmah

-

SUNGAI PETANI: Jumlah pelajar universiti yang mengikuti program dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) didapati berkuranga­n berbanding sasaran kerajaan daripada nisbah 20:80 kepada 60:40.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata berdasarka­n Laporan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi: Menjelang 2020, mendapati peratusan pelajar yang cenderung kepada bidang itu menunjukka­n trend yang semakin menurun setiap tahun.

Sehubungan itu, Rosmah yang juga Penaung Program PERMATA menyaranka­n para siswi lebih cenderung memilih untuk menceburi bidang STEM sebagai bidang akademik dan kerjaya selain mempelbaga­ikan set kemahiran supaya mereka juga mampu terus kekal berdaya saing.

“Satu lagi cabaran kepada pembentuka­n sebuah negara maju di abad ke-21 adalah penguasaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik atau ringkasnya STEM.

“Menyedari peralihan dunia industri kepada bidang STEM, kita perlu bersiap siaga menyediaka­n sumber tenaga kerja dalam bidang ini agar dapat memenuhi keperluan negara dalam masa 25 tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Siswi Cinta Negara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri. Dalam pada itu, Rosmah turut berkongsi tentang Program PERMATA iaitu Program PERMATA Pintar dan PERMATA Insan dengan pelajar diketengah­kan silibus pembelajar­an yang menjurus kepada bidang STEM di bawah kedua-dua program berkenaan.

“Alhamdulil­lah, bermula dari tahun 2009, Permata di bawah naungan saya sendiri, telah pun memikirkan tentang peri pentingnya bidang STEM ini dalam memenuhi keperluan modal insan negara di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata kini program berkenaan telah melahirkan para graduan cemerlang dalam bidang STEM dan sejumlah daripada mereka pula sedang melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di universiti terkemuka luar negara.

“Saya yakin, sekembalin­ya mereka ke tanah air mereka dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara dalam industri STEM, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Rosmah berkata golongan siswi perlu mempersiap­kan diri dengan set kemahiran yang baharu dalam usaha mendepani cabaran Industri 4.0 yang telah menggarisk­an kepentinga­n penguasaan elemen 4C iaitu Pemikiran Kritikal dan Penyelesai­an Masalah, Komunikasi, Kolaborati­f dan Kreativiti.

“Kemahiran ini perlu diasah dan dipraktikk­an dalam segenap aspek kehidupan baik dalam pembelajar­an, kesukanan, aktiviti sosial dan lain-lain lagi.

Malah, kreativiti dan inovasi, literasi teknologi serta kecerdasan emosi dianggap sebagai kemahiran tiga teratas yang perlu ada kepada seseorang pekerja di era Industri 4.0,” katanya.

Selain itu, beliau berkata golongan siswi juga perlu menguasai teknologi terkini atau kecekapan digital dalam usaha memastikan wanita muda kekal berdaya saing dalam apa jua industri yang diceburi.

“Wanita tidak boleh ketinggala­n dalam penguasaan teknologi kerana ia adalah kemahiran abad ke-21 yang perludigar­apdandipra­ktikkan dalam usaha meningkatk­an pendapatan, kemajuan kerjaya dan mewujudkan jaringan perhubunga­n... perkara ini boleh tercapai sekiranya wanita juga menggunaka­n sepenuhnya kapasiti internet dan teknologi terkini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia