Utusan Borneo (Sarawak)

Jeritan ‘api’ selamatkan penduduk Wakaf Mek Zainab

-

KOTA BHARU: Jeritan penduduk menyedarka­n seorang remaja dan beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di sini daripada tidur ketika api sedang marak membakar 20 unit rumah setinggan di kawasan itu awal semalam.

Aliff Zaquan Abdullah, 16, berkata ketika kejadian beliau bersama ibu dan tiga adiknya sedang tidur dan menyedari tentang kebakaran itu selepas terdengar bunyi bising jeritan daripada jirannya yang mengatakan rumah di sebelah sedang terbakar.

Katanya sebaik terjaga beliau terus membuka tingkap di bahagian dapur rumahnya dan mendapati sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki kurang siuman sedang terbakar.

“Saya segera mengejutka­n ibu, Nik Irna Mas Idayu Che Mahmud, 34, dan membawa keluar adik-adik yang berusia satu hingga enam tahun menyelamat­kan diri.

Saya hanya sempat menyelamat­kan dompet dan telefon bimbit sahaja kerana mahu cepat keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Mek Wok Che Ibrahim, 73, berkata beliau yang tidak dapat berjalan dan berkerusi roda bernasib baik kerana diselamatk­an oleh cucunya yang tinggal bersama. Mek Wok berkata beliau kerugian puluhan ribu ringgit apabila kedai runcit yang diusahakan bersama anggota keluargany­a yang lain turut musnah dalam kejadian tersebut.

“Saya menetap di sini lebih 50 tahun dan ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini menimpa penghuni di sini.

Syukurlah kesemua anggota keluarga saya selamat. Selepas ini saya terpaksa menumpang di rumah sanak saudara yang tinggal berdekatan,” katanya.

Kejadian pada jam 2.45 pagi semalam menyebabka­n 20 unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah dalam kebakaran itu. — Bernama GEORGE TOWN: Seramai 14,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 320 orang majikan telah berjaya ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di seluruh negara bermula 1 Julai hingga malam tadi, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata selepas tamatnya tempoh pendaftara­n E- Kad pada 30 Jun lepas, pihak Imigresen telah melancarka­n Ops Mega Jabatan Imigresen sejak 1 Julai dan tindakan tegas telah dikenakan kepada PATI dan majikan-majikan yang masih berdegil.

“Kepada majikan- majikan yang masih berdegil melindungi PATI-PATI ini, saya nak beritahu mereka bahawa pihak imigresen tidak akan berkomprom­i dalam hal ini dan mereka berdepan dengan tindakan tegas termasuk pembekuan aset dan akaun sekiranya didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbangan Antarabang­sa Pulau Pinang sini semalam.

Program E- Kad yang dilancarka­n pada 15 Feb tahun ini dan berakhir pada 30 Jun lalu dilaksanak­an bagi membolehka­n PATI mendapatka­n permit kerja sah menerusi beberapa prosedur yang ditetapkan Kementeria­n Dalam Negeri.

Mustafar berkata majikan-majikan yang didapati melindungi PATI akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut manakala PATI yang ditahan dalam operasi akan dikenakan kompaun sebelum diusir balik.

“Seramai 38,880 PATI telah diusir balik ke negara masing-masing sejak awal tahun ini hingga 19 September lalu manakala hampir 100 majikan telah dikenakan tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyeru pihak majikan yang menggaji pekerja-pekerja asing yang layak didaftarka­n supaya berbuat demikian sehingga hujung tahun ini untuk proses pengambila­n semula. Katanya, operasi menahan PATI-PATI di negara ini akan berterusan kerana masih terdapat ramai lagi pekerja-pekerja warga asing yang belum berdaftar.

“Semasa program E-Kad itu tamat pada 30 Jun 2017, saya menyasar untuk pendaftara­n E-Kad itu adalah antara 400,000 hingga 600,000 orang, tetapi yang berdaftar 164,804 orang sahaja, maka saya anggapkan selebihnya adalah adalah PATI,” katanya.

Beliau berkata lambakan PATI yang tidak sah menjadi penyumbang kepada kegiatan tidak bermoral serta petempatan haram di dalam negara.

Sementara itu, Mustafa berkata pihak imigresen telah meningkat kawalan di setiap pintu masuk ke negara bagi menyekat cubaan individu yang bermasalah untuk masuk ke Malaysia. Katanya, pihak imigresen akan bekerjasam­a dengan agensi-agensi kerajaan untuk memastikan maklumat setiap individu yang ingin memasuki negara dapat dikongsi bersama.

Individu- individu yang bermasalah tidak akan dibenarkan menjejakka­n kaki mereka ke negara ini dan cubaan mereka akan ditolak di mana mereka akan diberi- kan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63,” katanya.

Tambahnya, tindakan yang tegas itu diambil selaras dengan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kelmarin bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan membenarka­n sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehka­n acara itu berlangsun­g, beliau telah mengarahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskan­nya.

Laporan sebuah laman portal mengatakan satu acara gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, bagi mempromosi­kan acara perhimpuna­n gay tahunan terbesar di Asia iaitu ‘White Party Bangkok’ di Thailand yang dijadualka­n berlangsun­g pada 28 Dis depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia