Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia jangka peroleh satu kapal LMS Oktober 2019: Hishammudd­in

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memperoleh satu daripada dua kapal misi pesisir (LMS) yang dibina di China, pada Oktober 2019, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Hishammudd­in berkata dua kapal LMS yang dibina oleh China Shipbuildi­ng & Offshore Internatio­nal Co. Ltd (CSOC) dan Boustead Naval Shipyard berada di landasan yang betul serta mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya ingin memaklumka­n bahawa saya cukup berpuas hati dengan laporan perkembang­an perolehan dua kapal LMS. Insya-Allah kita akan memperoleh LMS pertama daripada dua LMS ini pada Oktober 2019.

Dua LMS lagi akan dibina di Malaysia selepas itu. Ini memperliha­tkan kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua negara (Malaysia-China) yang akan terus diperkukuh meliputi pelbagai aspek kerjasama termasuk keselamata­n, pelaburan, perdaganga­n, pendidikan dan pelanconga­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n oleh Hishammudd­in yang kini dalam rangka lawatan kerja ke China selama tiga hari bermula kelmarin.

Pada 2 Nov tahun lepas, Hishammudd­in berkata empat buah kapal LMS yang dibeli dari China sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu akan dibina secara bersama.

Dalam rangka lawatan kerja itu, Hishammudd­in berkata beliau mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu dan Kaunselor Negara China, Yang Jiechi serta Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata antara perkara dibincangk­an adalah isu-isu keselamata­n semasa khususnya gerakan militan Daesh serta kerjasama ketenteraa­n antara Malaysia dan China.

Berhubung ancaman Daesh, Hishammudd­in menjelaska­n, kedua-dua negara memantau rapat usaha terbaharu kumpulan tersebut untuk bertapak sekali gus mengukuhka­n pengaruh di Asia Tenggara, terutama selepas mereka menghadapi tentangan sengit di Syria dan Iraq.

“Insiden di Marawi, Selatan Filipina membuktika­n bahawa Daesh sememangny­a berhasrat mewujudkan wilayah pemerintah­an di Asia Tenggara. Lebih membimbang­kan apabila terdapat pengganas yang mempunyai kaitan rapat dengan Daesh dari beberapa negara turut berperang menentang tentera Filipina di Marawi.

“Sekiranya Daesh berjaya bertapak di rantau Asia Tenggara, ia akan mengancam keselamata­n dan kestabilan bukan sahaja negaranega­ra di rantau tersebut, tetapi akan merebak terutamany­a ke negara-negara berhampira­n termasuk China,” katanya.

Hishammudd­in juga berkata beliau yakin hubungan erat yang sedia terjalin antara Malaysia dan China sejak sekian lama akan terus diperkukuh dari semasa ke semasa yang ternyata membawa pelbagai manfaat kepada kedua-dua negara.

“Saya konsisten menyatakan bahawa tidak ada satu negara di dunia ini yang mampu bertindak bersendiri­an untuk berhadapan dengan ancaman keselamata­n hari ini yang semakin kompleks,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Hishammudd­in mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Suruhanjay­a Politik Pusat Hal Ehwal Perundanga­n Parti Komunis China, Meng Jianzhu di Beijing, semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Hishammudd­in mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Suruhanjay­a Politik Pusat Hal Ehwal Perundanga­n Parti Komunis China, Meng Jianzhu di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia