Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 140,000 graduan dapat kerja menerusi SL1M sejak 2011

-

LUMUT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia membantu nelayan yang kediaman mereka terjejas akibat fenomena air pasang besar yang diramal berlaku bulan ini sehingga Disember, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata bantuan akan diteliti dan disalurkan menerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Khas seperti insurans, kewangan dan barangan.

Dalam perkembang­an lain, Irmohizam berkata bekalan ikan masih stabil dan mencukupi ketika fenomena air pasang besar nanti.

“Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kini mempunyai stok ikan sejuk beku berjumlah 40 tan,” katanya kepada pemberita pada Program Jiwa Murni LKIM Perak, Persatuan Nelayan Kawasan Pangkor dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Nelayan Pulau Pangkor, di sini semalam. — Bernama TANJUNG MALIM: Seramai 138,000 graduan di negara ini mendapat pekerjaan menerusi Skim Latihan 1Malaysia sejak ia dilancarka­n pada Jun 2011, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata SL1M dilaksanak­an sebagai satu daripada langkah intervensi kerajaan bagi memastikan lebih ramai graduan menganggur mendapat pekerjaan dengan menjalani latihan pekerjaan merangkumi aspek komunikasi, kemahiran berfikir, mempunyai sifat profesiona­l, penyesuaia­n dalam organisasi serta berketramp­ilan.

Katanya individu yang menjalani latihan dalam tempoh setahun yang disediakan oleh SL1M telah terbukti memberi impak positif serta memastikan mereka mempunyai persekitar­an bekerja yang kondusif.

“Melalui SL1M syarikat yang menyertai programpro­gram ini mendapati pencari kerja mempunyai prestasi dan kemahiran yang baik yang mana mereka akan diserap terus ke dalam syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Barat dan Festival Keusahawan­an Industri Asas Tani 2017 yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata Sabah merupakan lokasi seterusnya program temuduga terbuka SL1M yang dijadualka­n diadakan bulan depan.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walaupun kadar penganggur­an yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal iaitu 3.5 peratus daripada 15 juta tenaga buruh di negara ini, namun isu penganggur­an masih meresahkan rakyat terutama golongan graduan.

“Oleh itu, kerajaan sentiasa melihat perkara ini sebagai isu utama yang perlu tindakan sewajarnya dan pelbagai langkah pelaksanaa­n dilakukan seperti Program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia serta Skim Pengurusan Kebolehpas­aran Graduan.

“Kerajaan juga telah memperkasa­kan Latihan Teknikal dan Vokasional secara menyeluruh dan memperting­katkan lagi penggunaan Tabun Pembanguna­n Sumber Manusia untuk pelbagai program latihan serta peningkata­n kemahiran,” katanya.

Sebanyak 60 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta mengambil bahagian sepanjang dua hari program dengan menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan dan latihan tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.

Program itu turut menampilka­n beberapa selebriti terkenal tanah air berkongsi kisah kejayaan sekali gus untuk menjadi inspirasi kepada graduan dan pencari kerja dan program itu dijangka dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia