Utusan Borneo (Sarawak)

Hutan di tenggara Perancis terbakar lagi

-

MARSEILLE: Kebakaran hutan berlaku lewat kelmarin di tenggara Perancis, menjilat ratusan hektar dekat kawasan bandar dan memusnahka­n sebuah rumah, kata jabatan bomba dan pihak berkuasa tempatan.

“Api merebak dengan pantas sekali,” kata seorang pegawai tempatan di Var, Emmanuel Cayron, kepada AFP dari pusat krisis yang telah diaktifkan.

Pada tengah malam, kirakira 200 hektar sudah terbakar, kata pegawai tempatan, dan sebuah rumah hangus.

Kebakaran berlaku di Hyeres sekitar jam 10.00 malam kelmarin ( waktu tempatan), hari yang dianggap berisiko tinggi kerana cuaca kering dan ribut kuat, menurut seorang jurucakap jabatan bomba.

Sebuah tapak kem dikosongka­n sebagai langkah berjaga-jaga di La Londe-lesMaures dan pihak berkuasa tempatan menyediaka­n bilik untuk penduduk yang tidak ada tempat tinggal, dengan lebih 100 orang diberi tempat penginapan disebabkan oleh kebakaran itu.

Beberapa batang jalan, serta bekalan tenaga bervoltan tinggi, telah ditutup atas permintaan jabatan bomba.

Jabatan bomba mengerahka­n kira-kira 150 anggota bomba ke kawasan kejadian dan meminta bantuan dari daerah berdekatan.

“Kebakaran begitu besar, ia meresahkan. Kita dapat melihat api di atas rabung bukit, dan lampu biru anggota bomba,” kata Daniele, seorang penduduk Hyeres.

Musim panas ini telah menyaksika­n kebakaran di selatan Perancis, yang mengalami musim panas yang khususnya berkeadaan panas dan kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia