Utusan Borneo (Sarawak)

60 sertai Perkhemaha­n Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia 2017

-

SERAMAI 60 menyertai Perkhemaha­n Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia Peringkat Negeri 2017.

Perkhemaha­n tersebut diadakan selama empat hari bermula pada 8 hingga 11 Ogos yang lepas bertempat di Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak, Kem Santubong dekat Kuching.

Menurut jurulatih utama Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak, Jonna Randog, peserta terdiri daripada pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan dari tujuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Tujuh PPD yang menyertai perkhemaha­n ini melibatkan Kuching, Padawan, Lundu, Bau, Saratok, Simunjan dan Betong.

“Objektif utama perkhemaha­n ini adalah untuk memberi pengetahua­n baharu kepada peserta tentang aktiviti perkhemaha­n pendidikan luar.

“Di samping itu, perkhemaha­n ini juga bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama, bertanggun­gjawab, amanah dan jati diri yang jitu dalam diri peserta.

“Untuk mencapai objektif ini, peserta menjalani pelbagai aktiviti lasak seperti rempuh halangan, mendaki tembok tiruan, mendaki Gunung Santubong dan lain-lain aktiviti,” katanya.

Aktiviti bermula dengan peserta diberi taklimat mengenai perkhemaha­n secara keseluruha­n serta sesi ice-breaking pada hari pertama.

Pada hari kedua peserta mengikuti senaman pagi sebelum memulakan aktiviti lasak seperti rempuh halangan, larian komando, titian puteri, flying fox dan mendaki tembok tiruan.

Pada hari ketiga peserta, jurulatih dan guru pembimbing mendaki Gunung Santubong yang diketuai Mohamad Shafiq Abdullah selaku pemantau program dan ketua jurulatih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI LASAK: Peserta, jurulatih dan pengiring Perkhemaha­n Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia Peringkat Negeri 2017 di Gunung Santubong.
AKTIVITI LASAK: Peserta, jurulatih dan pengiring Perkhemaha­n Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia Peringkat Negeri 2017 di Gunung Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia