Utusan Borneo (Sarawak)

4,720 pelajar lanjut pengajian di UMS sesi 2017/2018

-

KOTA KINABALU: Seramai 4,720 pelajar melanjutka­n pengajian ke Universiti Malaysia Sabah ( UMS) bagi kemasukan pelajar baharu sesi 2017/2018 semalam.

Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata jumlah tersebut merangkumi seramai 2,293 pelajar dari Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan, seramai 2,121 pelajar dari Sabah dan 306 pelajar antarabang­sa dari 17 negara.

“UMS turut menawarkan tempat kepada 200 pelajar dalam kalangan kurang berkemampu­an atau pelajar (dari keluarga) B40 untuk mengikuti pengajian prasiswaza­h pada sesi kali ini. Program tanggungja­wab sosial korporat ini adalah yang kelima dijayakan UMS.

“Di samping itu, UMS juga menerima kemasukan 19 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditempatka­n di tingkat bawah kolej kediaman untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah,” katanya pada sidang media sempena pendaftara­n pelajar baharu di sini.

Kenyataan media beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali.

Dr D Kamarudin berkata kesemua pelajar prasiswaza­h, yang terdiri daripada 3,284 pelajar perempuan dan 1,436 pelajar lelaki, akan tinggal di kolej kediaman dan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu sebagai persiapan untuk menyesuaik­an diri suasana kehidupan kampus.

Sementara itu, Nurul As- mira Jakimin, 20, melahirkan perasaan syukur kerana dapat melanjutka­n pengajian ke UMS dalam bidang yang menjadi pilihan utamanya iaitu psikologi industri dan organisasi.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berasal dari Kampung Menggitom, Keningau, menjadikan kesungguha­n dan iltizam kedua ibu bapanya yang ingin melihat dia ke menara gading meskipun mereka berhadapan kekangan kewangan, sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

“Pada awalnya, perasaan saya berbelah bahagi sama ada ingin melanjutka­n pelajaran atau tidak kerana melihat keluarga ada kekangan kewangan.

Saya ada ramai adik yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian.

“Bagaimanap­un, kedua ibu bapa saya tidak mahu saya risau pasal kewangan kerana mereka ada membuat simpanan untuk saya melanjutka­n pelajaran,” katanya sambil memberitah­u kedua ibu bapanya amat menitik beratkan soal pendidikan.

Sementara menunggu tawaran ke univerisit­i, Nurul Asmira yang bercita- cita menjadi kaunselor turut mengambil inisiatif menjual tudung jahitannya sendiri dan hasilnya digunakan untuk membeli barang keperluan ke UMS.

Christinis­iah Juin, 20, dari Penangah, Tongod, juga tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk menerima tawaran melanjutka­n pelajaran ke UMS sebaliknya anak sulung daripada lima beradik itu mahu menggunaka­n peluang itu untuk maju dalam pendidikan dan mengubah taraf hidup keluargany­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Timbalan Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali (belakang tiga kiri) meninjau sesi pendaftara­n pelajar antarabang­sa sempena pendaftara­n pelajar di Kota Kinabalu, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Timbalan Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali (belakang tiga kiri) meninjau sesi pendaftara­n pelajar antarabang­sa sempena pendaftara­n pelajar di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia