Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Petra Jaya menganjurk­an majlis korban

-

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Petra Jaya menganjurk­an majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Jumaat lalu.

Diadakan di Kampung Gita Lama di sini, ia berlangsun­g penuh meriah dan muhibah sesama para petugas PAS dan penduduk.

Majlis korban dan jamuan raya anjuran PAS Petra Jaya itu turut mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penduduk tempatan, malah acara tersebut menjadi program tahunan PAS Petra Jaya dengan Kampung Gita Lama menjadi lokasi pilihan tahun ini.

Yang Dipertua PAS Petra Jaya Morshidi Hasan amat berterima kasih dengan semua petugas atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut.

“Pada masa sama saya turut mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaa­n kepada seluruh penduduk kampung terutama pemilik rumah kerana sudi membenarka­n rumahnya dijadikan tapak program ibadah korban pada tahun ini,” katanya kepada pemberita.

Manakala wakil penduduk Kampung Gita Lama berkata dia berasa sungguh terharu dan berbesar hati dengan kehadiran petugas PAS di kampung mereka serta berharap program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Petra Jaya Habsah Bujang dan Ketua Penerangan PAS Petra Jaya Farhan Baharuddin yang turut sama membanting tulang menjayakan program berkenaan selain mengagihka­n daging korban kepada penduduk sekitar.

PAS Petra Jaya seterusnya menyeru dan mengajak umat Islam meraikan hari kebesaran itu dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, selain mengukuhka­n tali silaturahi­m agar dapat melahirkan ummah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia