Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa transforma­si luar bandar Serian ditubuh

Untuk rancang, kaji program berpotensi bangun taraf hidup penduduk khususnya melalui pertanian

- Oleh Nick Fletcher

SERIAN: Satu jawatankua­sa transforma­si luar bandar bahagian Serian telah ditubuhkan untuk merancang dan mengkaji program yang berpotensi untuk membangunk­an taraf hidup penduduk kampung di sini khususnya melalui sektor pertanian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jawatankua­sa tersebut yang dipengerus­ikan Residen Serian Johnathan Lugoh kemudian akan melaporkan program yang dikenal pasti kepada jawatankua­sa negeri.

“Saya harap residen Serian dapat merancang program dan bentangkan kepada kami tidak lama lagi.

“Kita mahu setiap program dirancang dengan rapi dan tersusun supaya apa jua yang dilaksanak­an misalnya tanaman buah, sayur atau sebagainya dapat dipasarkan seterusnya meningkatk­an pendapatan penduduk.

“Dengan itu, kita harap ia dapat membantu menjana pendapatan sebuah keluarga sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan,” katanya sempena lawatan kerjanya ke Kampung Terbat Mawang di sini, semalam.

Menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, antara potensi pertanian di bahagian ini adalah tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Katanya, pada masa ini kebanyakan petani kecil di sini mengusahak­an tanaman kelapa sawit, lada, koko serta padi bukit dan sawah.

Justeru, katanya Serian yang turut popular dengan hasil durian akan dibangunka­n dengan sebuah pusat pengumpul durian di Tarat, melalui kerjasama komersial dengan sebuah syarikat.

“Kami sekarang sedang berbincang dan berharap pada hujung tahun ini, mereka (syarikat terlibat) akan dapat membuat perancanga­n untuk memulakan operasi pusat ini,” katanya.

Terdahulu, Uggah berkata penubuhan jawatankua­sa transforma­si luar bandar di peringkat bahagian itu adalah bagi memastikan program transforma­si luar bandar negeri ini dapat direalisas­ikan dengan berkesan.

Beliau menambah, pelaksanaa­n program transforma­si luar bandar itu turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada kerajaan pusat melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Atas kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, kita berharap kawasan luar bandar tidak ketinggala­n dari segi pembanguna­n dan pada masa sama pendapatan penduduk bertambah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, ADUN Kedup Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Illus dan bekas Timbalan Ketua Menteri merangkap Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Kita mahu setiap program dirancang dengan rapi dan tersusun supaya apa jua yang dilaksanak­an misalnya tanaman buah, sayur atau sebagainya dapat dipasarkan seterusnya meningkatk­an pendapatan penduduk. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? IKHLAS: Ketua Kampung Terbat Mawang memberikan ikan Empurau kepada Uggah sebagai cenderamat­a sempena lawatannya ke kampung berkenaan. Ikan empurau tersebut ditangkap dari Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang yang kini terpelihar­a menerusi program...
IKHLAS: Ketua Kampung Terbat Mawang memberikan ikan Empurau kepada Uggah sebagai cenderamat­a sempena lawatannya ke kampung berkenaan. Ikan empurau tersebut ditangkap dari Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang yang kini terpelihar­a menerusi program...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia