Peluang ke Piala Dunia 2018 cerah
Jerman dan England masing-masing berjaya pungut tiga mata penuh
PARIS, Perancis: Mats Hummels membantu Jerman menghampiri kelayakan ke Piala Dunia 2018 dengan gol kemenangan lewat ke atas Republik Czech sementara Harry Kane menjaringkan dua gol ketika England menewaskan Malta 4- 0 dalam aksi kelayakan Zon Eropah untuk Piala Dunia 2018 Jumaat lepas.
Timo Werner membuka jaringan buat Jerman seawal minit keempat pada perlawanan di Prague tetapi Vladimir Darida menjaringkan gol penyamaan cantik dalam separuh masa kedua.
Jerman, yang dibimbing Joachim Loew, mencipta kemenangan ketujuh berturutturut dalam Kumpulan C apabila Hummels menanduk satu hantaran lintang Toni Kroos pada minit ke-21 untuk kemenangan 2-1 dan meletakkan Jerman hanya memerlukan empat mata dari tiga perlawanan terakhir. “Kami tidak boleh berasa g e m b i r a dengan c a r a k a m i bermain,” kata Loew. “Kami mempunyai banyak tuah hari ini dan jika Mat tidak menjaringkan gol, maka kami terpaksa akur d e n g a n keputusan seri.”
Jerman boleh mengesahkan tempat ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 sekiranya menewaskan Norway di tempat sendiri dan juga dengan Ireland Utara gagal menewaskan Czech di Belfast pada perlawanan seterusnya.
Ireland Utara kekal di landasan untuk menamatkan saingan di tangga kedua dan layak untuk playoff terakhir pada bulan November, menewaskan San Marino 3-0 menerusi dua gol Josh Magennis dan Steven Davis.
Kane melupakan badi bulan Ogos ketika England d i p a k s a bekerjakeras pada awal perm a i n a n di Ta’Qali s e b e l u m menjaringkan tiga gol lewat. Kane, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada dua musim terakhir, belum pernah menjaringkan se-
Kami mempunyai banyak tuah hari ini dan jika Mat tidak menjaringkan gol, maka kami terpaksa akur dengan keputusan seri. Joachim Loew Jurulatih Jerman
barang gol pada bulan Ogos sepanjang kerjayanya tetapi meraikan kehadiran bulan September dengan menyempurnakan hantaran Dele Alli pada minit ke-53 untuk membuka jaringan.
Ryan Bertrand menjaringkan gol antarabangsa pertama beliau, empat minit sebelum tamat permainan untuk gol kedua England sebelum Danny Welbeck menjaringkan gol ketiga pada minit kecederaan.
Kane sempat melengkapkan jaringan pada beberapa saat sebelum tamat permainan dari umpanan Marcus Rashford dan membolehkan England kekal dua mata di hadapan Slovakia di tangga teratas Kumpulan F menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Wembley Isnin ini.
Gol sendiri Miha Mevlja pada minit ke-81 membolehkan Slovakia menewaskan Slovenia 1-0 di Trnava sementara Scotland menewaskan Lithiania 3-0 pada perlawanan lain untuk kekal empat mata dari Slovakia.
Denmark mengembalikan impian kelayakan apabila menewaskan pendahulu Kumpulan E, Poland 4-0 di Copenhagen menerusi gol Thomas Delaney, Andreas Cornelius, Nicolai Jorgensen dan Christian Eriksen.
Denmark ketika ini berkongsi tangga kedua dengan Montenegro, yang menewaskan Kazakhstan 3-0 dan kedua-dua pasukan ketinggalan tiga mata di belakang Poland. — AFP