Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti sumbang jutaan dolar kepada usaha bantuan Harvey

-

NEW YORK: Selebriti yang diketuai Sandra Bullock kelmarin menyumbang jutaan dolar kepada usaha bantuan setelah taufan gergasi Harvey membadai Houston.

Bullock, yang mempunyai rumah di Austin dan New Orleans, menderma AS$1 juta (RM4.5 juta) menerusi Persatuan Palang Merah Amerika, kata organisasi tersebut.

“Saya cukup bersyukur saya dapat melakukann­ya,” Bullock, bintang filem hit Hollywood seperti “Gravity” dan “The Blind Side” menyebut dalam satu kenyataan.

Sosialit Khloe Kardashian berkata keluarga selebritin­ya menderma AS$ 500,000 ( RM2.25 juta) kepada Persatuan Palang Merah dan perkumpula­n Salvation Army.

Dia menyahut cabaran yang dilemparka­n oleh pelawak Kevin Hat, yang pada Selasa lepas berkata dia menyumbang AS$25,000 (RM112,500) dan menamakan selebriti yang dia gesa melakukan perkara yang sama.

Sebagai jawapan, bintang pop Jennifer Lopez dan teman lelakinya, legenda besbol Alex Rodriguez, dalam satu paparan bersama dalam Instagram berkata mereka masing- masing menderma AS$25,000.

“Melihat gambar kanak-kanak ini dan semua rakaman, ia begitu menyedihka­n, dan kami hanya mahu memainkan peranan kami untuk membantu,” kata Lopez.

Penyanyi rap Nicki Minaj, penerbit hip-hop DJ Khaled serta pelakon dan ahli gusti The Rock adalah antara selebriti lain yang menyahut cabaran Hart dan menderma AS$25,000.

The Rock menggesa Houston untuk terus tabah dan mengucapka­n terima kasih kepada Hart tetapi, dalam kenyataan yang mungkin kritikan tidak langsung terhadap tindakan pelawak itu menyebut nama, berkata dia “tidak akan menyebut nama rakan selebriti saya – anda sudah tahu apa yang perlu dibuat” dan menggesa penderma kecil untuk tampil dengan “sedolar atau dua”.

Chris Brown, penyanyi R&B yang terkenal kerana masalahnya dengan undang-undang, memberitah­u Hart, dia menderma AS$100,000 (RM450,000) tetapi tanpa penjelasan berkata wangnya “akan pergi kepada rakyat” kerana dia tidak percaya kepada Persatuan Palang Merah.

Penyanyi country Chris Young turut berkata dia menderma AS$ 100,000 dan menggesa peminat untuk menyertain­ya.

Salah satu usaha kutipan dana paling berjaya datang daripada pemain futbol, J.J. Watt, seorang penduduk tempatan yang bermain untuk pasukan Houston Texans.

Selepas rayuannya dalam talian pantas mencapai matlamat mengutip derma sebanyak AS$500,000, dia berulang kali menaikkan cabaran. Sehingga kelmarin, dia sudah mengutip AS$ 6 juta (RM27 juta) dan kini menyasari AS$10 juta.

Beyonce, salah seorang bintang terkemuka yang muncul dari Houston, dan bintang mega hip-hop Drake, yang mempunyai kediaman di Houston, menyatakan mereka sedang mengusahak­an rancangan bantuan yang murah hati tetapi belum lagi mengumumka­n butirannya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia